Hukum Lupa Hafalan Quran Soalan Apa hukumnya apabila ayat-ayat al-Quran yang dihafal semasa zaman kanak-kanak, terlupa apabila dewasa? Adakah kita berdosa kerana tidak mengulang bacaan ayat-ayat tersebut sehingga menyebabkan kita lupa?
Jawapan Ust ...Zaharuddin Asas hukum di dalam isu ini adalah hadith-hadith berikut :- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم ” Ertinya : “Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil”
( Riwayat Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)