Followers

Thursday 29 August 2013

Kisah sabar dan Ikhlas


Kisah SABAR & IKHLAS

Prof. Dr. Khalid al-Jubair penasehat spesialis bedah jantung dan urat nadi di rumah sakit al-Malik Khalid di Riyadh mengisahkan sebuah kisah pada sebuah seminar dengan tajuk Asbab Mansiah (Sebab-Sebab Yang Terlupakan). Mari sejenak kita merenung bersama, karena dalam kisah tersebut ada nasihat dan pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Sang dokter berkata:
Pada suatu hari -hari Selasa- aku melakukan operasi pada seorang anak berusia 2,5 tahun. Pada hari Rabu, anak tersebut berada di ruang ICU dalam keadaan segar dan sehat.

Pada hari Kamis pukul 11:15 -aku tidak melupakan waktu ini karena pentingnya kejadian tersebut- tiba-tiba salah seorang perawat mengabariku bahwa jantung dan pernafasan anak tersebut berhenti bekerja. Maka akupun pergi dengan cepat kepada anak tersebut, kemudian aku lakukan proses kejut jantung yang berlangsung selama 45 menit. Selama itu jantungnya tidak berfungsi, namun setelah itu Allah Ta’ala menentukan agar jantungnya kembali berfungsi. Kamipun memuji Allah Ta’ala.

Wednesday 14 August 2013

Ustaz Zaharuddin Hanya Berpoligami ...kenapa diberi pandangan negatif

Us. Zaharuddin

.....PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434

Petikan penjelasan us Zaharuddin dl Harakahdaily.net

Tuesday 6 August 2013

Jatuhnya empayar Islam

Evolusi Turki pada awal 1900-an adalah salah satu perubahan yang paling membingungkan budaya dan sosial dalam sejarah Islam. Dalam beberapa tahun yang singkat, Empayar Uthmaniyyah dijatuhkan dari dalam, dilucutkan sejarah Islam, dan diturunkan ke dalam sebuah negara sekular baru yang dikenali sebagai Turki. Akibat daripada perubahan ini masih dirasai hari ini di seluruh dunia Islam, dan terutamanya di Turki sangat polarisasi dan ideologi bersegmen

Apakah yang menyebabkan perubahan ini monumental dalam kerajaan Turki dan masyarakat? Di tengah-tengah itu semua adalah Mustafa Kemal, yang lebih dikenali sebagai Atatürk. Melalui kepimpinan beliau dalam tahun 1920-an dan 1930-an, Turki sekular moden telah dilahirkan, dan Islam telah mengambil tempat duduk belakang dalam masyarakat Turki.

Monday 5 August 2013

Kejatuhan Budaya Barat disambut pula sebahagian ummat Islam

(Cat Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya.

Ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab. Kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. Sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya. Mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam.

Namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik. Ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. Menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat.

Ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot. Sedangkan Sayyiduna Umar r.a pernah berkata "Kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan Islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina".

Sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. Jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta dalam bab berpakaian. Pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.

Queen of Austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. Gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. Semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijab dan niqob yang sempurna. Kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka. Bukankah benar apa yang dikatakan Sayyiduna Umar r.a?



Sunday 4 August 2013

Doa ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Permintaan seorang anak

SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni'

'Lihatlah karangan pelajar saya ini'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

" Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.


Friday 2 August 2013

Mati ketika bersujud: Pengakhiran yang cemerlang



Pengakhiran yang cemerlang...

Saya terkesima apabila menerima sebuah kiriman foto seorang rakan apabila seorang hamba Allah didapati meninggal dunia di Surau Mujahiddin di Bandar Baru Bangi ketika beliau sedang bersujud.

Allahyarham R.I adalah bilal (muazzin) yang istiqamah dengan amanah yang diberikannya sebagai bilal. Beliau meninggal dunia ketika bersujud di dalam solat zuhur secara berjamaah pada 10 hari terakhir di penghujung bulan Ramadan, tengahari tadi.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

Ternyata bahawa pengakhiran kehidupan belaiu adalah sesuatu yang sangat cemerlang dan dicemburui oleh insan yang beriman.





Dr Zainur Rashid Zainuddin