Followers

Friday 15 May 2015

Cintaku hingga ke hujung nyawa

Biarpun isteriku bukan lagi muda.
Tapi dialah yg pernah kucinta
Dan aku masih cinta padanya.
Biarpun isteriku telah kehilangan
satu persatu yg ada padanya.
Tapi dialah yg pernah aku rindu
Dan aku masih rindu padanya.
Biarpun isteriku telah tidak berdaya
Tapi dialah yg amat memahamiku
Dan aku syukur masih dpt bersamanya
Biarpun isteriku tidak lg senyum seperti dulu
Tapi dialah yg pernah menghantar dan menanti dipintu dengan lambaian dan senyum
Dan aku tak boleh melupakan semua itu krn masih menginginkan.

Wednesday 6 May 2015

Resepi ayam masak berlada



Aku bukannya nak berkongsi resepi sebab aku bukannya pandai sangat masak. Tapi bila istri sakit maka aku terpaksa ambil alih khidmat istri yg masak sedap2 untuk kami anak branak. Jadi aku pun buka youtube dan google utk cari resepi yg menarik dan mampu aku lakukan. Alhamdulillah anak2 suka dan beri pujian sedap. 

Bila anak2 menceritakan kpd istri, dia tersenyum walaupun dlm kesakitan selepas pembedahan yg keempat buat dirinya. Aku cuma ingat antara bahan-bahan ialah sebatang serai, seinci halia, 5 biji cili merah segar, 2 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah yang ku jadikan bahan campuran dikisar halus.

Kutumis semua bahan yang dikisar dengan sedikit minyak. Aku cuba menambah perisa dengan sedikit