Followers

Monday 30 May 2011

Kisah mengenai pasangan kekasih.

Ilyas Lokman


Pasangan kekasih atau lebih senang dikenali sebagai pasangan kapel...
Suatu hari,si lelaki itu menyedari bahawa berkapel itu haram...
Jadi,dia pon cakap kat pasangannya...dan...mereka bercadang untuk berkapel secara ISLAM.Mereka berkapel secara ISLAM dengan si perempuannya perlu memakai tudung yang labuh serta berjubah.Si lelaki pula harus memakai kopiah dan juga jubah.Mereka juga harus membawa a-Quran.Apabila mereka melihat masjid atau surau ketika sedang berjalan,mereka akan bertadarus disitu.

Dan pada suatu hari,datanglah seorang muallaf ke surau.dia terlihat pasangan kekasih itu yang sedang bertadarus berdua-duaan.lalu si muallaf ini pon pergi menegur perbuatan mereka itu.pasangan kekasih itu pon menjawab...kami tidak salah.kami berkapel secara ISLAM.

Kemudian si muallaf tu pon berkata..."dulu semasa saya belum masuk ISLAM,saya sangat suka makan babi.tetapi apabila saya memeluk agama ISLAM saya tahu,makan babi itu haram...jadi saya pun tahan perasaan ingin makan babi itu...tapi pada suatu hari,saya berasa teringin sangat ingin memakan babi.saya pon belilah seekor anak babi.kemudian saya ajar babi itu mengucap kalimah shahadah.selepas dua tahun saya ajar babi itu,saya ajar pula babi itu membaca al-Quran.setelah itu,saya pon sembelih la babi tu.saya buat sup daging babi yang telah diISLAMkan.kemudian saya ajak ustaz saya makan sup tersebut.

Apabila pasangan kekasih tersebut mendengar cerita si muallaf tersebut,mereka pon sedar.perkara yang haram itu tetap haram.
Copy & Paste dari Kumpulan Cinta Allah Cinta Abadi

No comments:

Post a Comment