Amerika yang rosak
SEKS
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun
1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar
wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di
universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki
dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan men...jejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.
Kata Dr.Jamal Al-Din Ibrahim , Apabila seorang wanita itu melakukan
hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya
dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki
tersebut.
Terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu
didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki
rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan
dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses
ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang
lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan
berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang
betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma
lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian
datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem
immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.
Ianya
menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa.
Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau
tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap
melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan
sistem immunisasi.
Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa
akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita
itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks,
beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang
mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.
Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.
No comments:
Post a Comment