(Cat
Stevens): ‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal
yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket
untuk menaikinya.
Ketika penghujung era 1800 dan diawal era
1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam
mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab.
Kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah
turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. Sehinggakan
pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk
memakainya. Mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot
atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan
islam.
Namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki
dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik. Ummat islam menjadi lemah walaupun
bilangan mereka ramai. Menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang
kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam
golongan yang kuat.
Ummat islam hari ini meniru
pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan
takut dipandang jumud dan kolot. Sedangkan Sayyiduna Umar r.a pernah
berkata "Kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah
dengan Islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada
di dalam golongan yang hina".
Sedarlah wahai ummat, kita akan
nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. Jangan rasa malu atau
rasa kolot dengan islam hatta dalam bab berpakaian. Pakailah cara islam,
maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu
satu agama yang kuat.
Queen of Austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun
mereka bukan islam. Gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika
kemangkatan salah seorang raja eropah. Semua wanita-wanita nombor satu
eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijab dan niqob yang sempurna.
Kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan
wajah dan tubuh mereka. Bukankah benar apa yang dikatakan Sayyiduna Umar
r.a?
No comments:
Post a Comment