Ujian itu datangnya dari setiap pemberian Allah. tidak kira samada perkara yang disukai atau yang tidak diingini. Umur, harta, anak -anak, suami dan isteri, ibu bapa, ilmu, kesihatan.
Selalunya manusia lupa kesenangan hidup dunia itu juga adalah ujian. Dan umumnya perkara-perkara buruk yang tidak diingini manusia (musihab) sahaja yang dianggap ujian Allah.
Firman Allah:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.