Followers

Tuesday, 24 November 2015

Jaga solatmu

Aku nk share skit ni...

Solat ni wajib. Tiang agama. Kalau xde tiang, maka runtuhlah segalanya. Alhamdulillah dikurniakan mak ayah yg sgt pentingkan solat. Namun kena ingat yg iman xdpt diwarisi. Ianya dtg dr diri sendiri. Tp skurang2nya bila mak ayah bg didikan yg bagus, mmg ianya mmpengaruhi diri kita.

Tips yg blh aku bg utk kita utamakan solat ialah. Korang sntiasa ingat mati. Dgn cara tgk jenazah sdara mara. Dr mandi, kapan smpai liang lahad. Korang intai dlm kubur sewaktu jenazah diturunkan. Xde apa2 dibawa, harta pangkat kekayaan ditggalkan. Dan bayangkan bila kita brada disituasi trsebut. Rumah aku depan kubur (arwah ayah lepas pencen jd penggali kubur dan dibantu oleh abg). So aku slalu tgk proses "kebumi" tu. Jenguk kt dalam liang lahad. Gelap. Saat dikambus dgn tanah tu mmg insaf. Sorang2 bai. Lps talkin n bc doa. Kosong. Smua org gerak pulang. Tinggallah kita sorang2 kt situ mghadap " pencipta kita"... stiap hr ada je org meninggal. Plbagai cara kematian dtg. Ada yg mnggal senang je dlm tidur. Ada yg mnggal sbb xcident. Kepala putus dan sbagainya. 

Quran cetakan terbesar


Thursday, 19 November 2015

Kisah yang Menyentuh Hati

. Seorang wanita warga saudi menceritakan kisah suaminya yg mati otak sejak 15 tahun yg lalu..
katanya: “Suamiku asalnya seorang pemuda yg periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kpd kedua orang tuanya..dia mengahwiniku pd tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga org saudi.. Melihat kebaktiannya kpd kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub dgnnya dan aku bersyukur kpd Allah krn menjodohkanku dgn suami ini..Kami dikurniakan seorng ank perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung..kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah timur..Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu..seminggu di sana dan seminggu bersama kami..sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun..


Tuesday, 28 July 2015

Dimana kuburnya

Kisah ini terjadi di India.
Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain.

Saturday, 20 June 2015

Saat isteri memandikan suami

Saat isteri memandikan Suami
Sungguh tidak menduga bagi seorang isteri diuji oleh Tuhan Pemilik Kehidupan ini. Tiba-tiba dia kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Tempat berkongsi gembira dan duka. Suaminya akan jauh buat selama-lamanya. Kini yang ada ada sekujur jenazah suami yg dicintainya. Suaminya kini kaku dan bisu. Masa utk dia bersama suaminya tinggal sedikit saja. Wajah suami akan hilang selamanya
Seorang isteri yg kehibaan nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. dengan sayu dan hiba isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,.......

Mie Maggi panas untuk ayah

Tersentak hati seorang ayah

Empat tahun yang lalu, kemalangan  telah merenggut orang yang kukasihi, sering aku bertanya-tanya, bagaimana keadaan isteriku sekarang di alam surgawi, baik-baik sajakah? Dia pasti sangat sedih karena sudah meninggalkan sorang suami yang tidak mampu mengurus rumah dan seorang anak yang masih begitu kecil.


Begitulah yang kurasakan, karena selama ini aku merasa bahwa aku telah gagal, tidak boleh memenuhi keperluan jasmani dan rohani anakku, dan gagal untuk menjadi ayah dan ibu untuk anakku.


Sepasang Kasut Mahal

Namaku Zauwiah. Ketika aku menjaga suami di Wad 3 Hospital Segamat. Bersebelahan katil pesakit org Asli Kg Kudung. BP terlalu tinggi, saluran darah pecah. Keadaannya sama dgn suamiku. Isterinya selalu memerhati saya/anak2 mengurus suami. Dia peramah dan banyak yg ditanya sbb bila keluar hospital semua kos tanggungan sendiri. Saya serba salah sbb tahu keadaan mereka. Setin susu 400gm RM49.90 utk sehari. Tube suction RM2.80 sekali guna. Dah petang baru saya nampak kelibatnya. Dia berehat menenangkan hatinya. Dia berjumpa nurse dan beritahu tak kemampuannya. Dia keletihan sbb keseorangan menjaga suaminya walaupun anak menantu ada

Friday, 15 May 2015

Cintaku hingga ke hujung nyawa

Biarpun isteriku bukan lagi muda.
Tapi dialah yg pernah kucinta
Dan aku masih cinta padanya.
Biarpun isteriku telah kehilangan
satu persatu yg ada padanya.
Tapi dialah yg pernah aku rindu
Dan aku masih rindu padanya.
Biarpun isteriku telah tidak berdaya
Tapi dialah yg amat memahamiku
Dan aku syukur masih dpt bersamanya
Biarpun isteriku tidak lg senyum seperti dulu
Tapi dialah yg pernah menghantar dan menanti dipintu dengan lambaian dan senyum
Dan aku tak boleh melupakan semua itu krn masih menginginkan.

Wednesday, 6 May 2015

Resepi ayam masak berlada



Aku bukannya nak berkongsi resepi sebab aku bukannya pandai sangat masak. Tapi bila istri sakit maka aku terpaksa ambil alih khidmat istri yg masak sedap2 untuk kami anak branak. Jadi aku pun buka youtube dan google utk cari resepi yg menarik dan mampu aku lakukan. Alhamdulillah anak2 suka dan beri pujian sedap. 

Bila anak2 menceritakan kpd istri, dia tersenyum walaupun dlm kesakitan selepas pembedahan yg keempat buat dirinya. Aku cuma ingat antara bahan-bahan ialah sebatang serai, seinci halia, 5 biji cili merah segar, 2 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah yang ku jadikan bahan campuran dikisar halus.

Kutumis semua bahan yang dikisar dengan sedikit minyak. Aku cuba menambah perisa dengan sedikit 

Monday, 30 March 2015

Gaji 30 haribulan

CERITA 30hb 😌😌😌 Suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm1 50.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. "..Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Khushiyaan aur gham sehti hai

 Khushiyaan aur gham sehti hai

–Perempuan–
Khushiyaan aur gham sehti hai
dia menahan kebahagiaan dan kesedihan

Phir bhi yeh chup rehti hai
walau begitu dia tetap diam

Ab tak kisi ne na jaana Zindagi kya kehti hai – 2
hingga kini tidak ada yang tahu apa yang di katakan hidup

Untuk Ibu

Izzatul

Khas buat kaum ibu di dunia...

Ya Allah, Ya tuhan ku... yang maha pengasih, yang maha penyayang...
Aku leka dengan kasihnya... 
kasih-Mu dan kasih dia...
Dan terlupa pengorbanannya...
Dan terlupa pemberiannya...
Dan terlupa akan penatnya...

Ya Allah, sedarkanlah aku,
Bahwa dia lebih penting dalam hidupku...
Dia lebih penting dari dunia...
Lebih penting juga dari kawan dan harta...

Untuk ayah

Izzatul


Untuk mu ayah, khas buat bapa2 di dunia ini...

Ayah, engkaulah kilauan di sebalik bayangan,
Engkaulah perwira disebalik kerisauan,
Engkau jualah yang mendorong kami ke arah kejayaan...

Namun, jarang sekali, anakmu mengucapkan perkataan yang paling ingin kau dengari...
Susah sangat untuk kami fahami isi hati mu, ayah...
Engkau selalu menyembunyikan masalah seorang diri,
Hanya ibu dapat memahami diri mu ayah...
Kami juga ingin memahami mu, ayah...

Engkaulah yang menjadi cahaya buat kami ketika gelap..
Engkau jualah yang menjadi perisai kami di medan perang...
Engkau juga yang menjadi matahari di sebalik hujan...

Tuesday, 22 July 2014

Dost dost na raha with English Translation

Singer: Mukesh
Movie: Sangam
Lyricist: Shailendra
Music: Shankar, Jaikishan


दोस्त दोस्त ना रहा, प्यार प्यार ना रहा
dost dost naa raha, pyar pyar naa raha
Friend is no there, Love is no there
ज़िंदगी हमें तेरा (ऐतबार ना रहा - 2)
zindagee hame teraa (aitbar naa raha - 2)
Life was your believe, your believe no there
or O life, now i have no faith in you.
अमानतें मैं प्यार की,गया था जिसको सौंप कर
amanate mai pyar kee, gaya tha jisako saunp kar
My love leave away has you
वो मेरे दोस्त तुम ही थे, तुम्हीं तो थे
woh mere dost tum hee the, tumhee toh the
who was you friend, also you was
जो ज़िंदगी की राह मे, बने थे मेरे हमसफ़र
jo jindagee kee rah me bane the mere hamsafar
who was made my partner
वो मेरे दोस्त तुम ही थे, तुम्हीं तो थे
woh mere dost tum hee the, tumhee toh the
who was you friend, also you was
सारे भेद खुल गए, राज़दार ना रहा
sare bhed khul gaye, rajdar naa raha
all secretes key out, no any confidential
ज़िंदगी हमें तेरा,(ऐतबार ना रहा-2)
zindagee hame teraa (aitbar naa raha - 2)
Life was your believe, your believe no there
दोस्त दोस्त ना रहा ...
dost dost naa raha.....
Friend is no there, Love is no there
सफ़र के वक़्त में पलक पे, मोतियों को तौलती
safar ke wakt me palak pe motiyo ko taulti
at the time of travel count your lashes like the pearls
वो तुम ना थी तो कौन था, तुम्हीं तो थी
woh tum naa thee toh kaun tha tumhee toh thee
if you nor so who was that
नशे की रात ढल गयी, अब खुमार ना रहा
nashe kee rat dhhal gayee abb khumar naa raha
flowed the intoxication now drunkenness no there
ज़िंदगी हमें तेरा, (ऐतबार ना रहा-2)
zindagee hame teraa (aitbar naa raha - 2)
Life was your believe, your believe no there
दोस्त दोस्त ना रहा ...
dost dost naa raha.....
Friend is no there, Love is
no there

Wednesday, 2 July 2014

Kisah Anak yang berbakti

Telah disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahwasannya dahulu ada seorang salih dari Bani Israil mempunyai seorang anak yang masih kecil. Ia memiliki seekor sapi yang akan ia wariskan pada anaknya. Suatu hari ia membawa sapinya tersebut ke suatu semak-semak dan berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku menitipkan sapi ini untuk anakku ketika ia nanti telah dewasa". Lalu matilah laki-laki salih ini, dan jadilah sapi itu tetap tinggal di semak-semak tersebut hingga menjadi besar dan sapi itu akan lari bila melihat orang / manusia. Ketika anak tersebut dewasa dan ia adalah seorang anak yang sangat berbakti kepada ibunya. Dia membagi malamnya menjadi tiga bagian: sepertiga untuk salat, sepertiga untuk tidur dan sepertiga duduk di dekat ibunya.

Wednesday, 25 June 2014

Surat Terbuka buat seorang Isteri

Oleh: Ust. Abu Ammar al-Ghoyami



Buat isteriku yang kucinta, semoga engkau berbahagia..

Aku tidak tahu dari mana harus memulai menuliskan beberapa rumpun kalimat buatmu, wahai isteriku. Aku juga tidak tahu apakah kepolosanku dan ketulusanku ini akan mendapat sambutanmu. Tapi aku tiada pedulikan itu. Yang pasti, aku hanya ingin engkau tahu bahwa aku adalah suamimu.

Thursday, 29 May 2014

7 kampung di Padang jadi kubur besar

Pada 13 Oktber 2009  Pihak berkuasa Indonesia  mengisytiharkan tujuh buah kampung yang musnah dalam kejadian tanah runtuhtersebut, sebagai sebuah tanah perkuburan besar, selepas mereka menghentikan operasi mencari lebih 200 penduduk yang dipercayai tertimbus.

Saturday, 22 February 2014

Kisah pemuda yang wara'

Rabi’ bin Khaitsam adalah seorang pemuda yang terkenal ahli ibadah dan tidak mau mendekati tempat maksiat sedikit pun. Jika berjalan pandangannya teduh tertunduk. Meskipun masih muda, kesungguhan Rabi’ dalam beribadah telah diakui oleh banyak ulama dan ditulis dalam banyak kitab. Imam Abdurrahman bin Ajlan meriwayatkan bahwa Rabi’ bin Khaitsam pernah shalat tahajjud dengan membaca surat Al Jatsiyah. Ketika sampai pada ayat keduapuluh satu, ia menangis. Ayat itu artinya, “Apakah orang-orang yang membuat kejahatan (dosa) itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka sama dengan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka. Amat buruklah apa yang mereka sangka itu!”

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.



Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki
melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit
ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya disisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Friday, 18 October 2013

Pisang Benci....



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan ya ng sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Thursday, 17 October 2013

Si IBU yang BODOH...


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

Monday, 30 September 2013

Kawin Paksa ..terpaksa kawin

Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit.

Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.

Thursday, 26 September 2013

Surat Terbuka buat DS Najib


Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Sunday, 15 September 2013

Matikah atau meranakah anak-anak yang dihantar ke tahfiz Al Quran?

Di pagi subuh yang hening, kelihatan cahaya lampu suluh menyusuri denai menuju ke surau ini. Kelibat dua wajah agak gelap yang datang senyum kepada aku . di hati ku, "bertuah sunggh mereka di sini ya, di lorong deretan rumah yang belum siap ini, langkah mereka adalah kerja para malaikat untuk menyediakan syurga Allah. Mana tidaknya, mereka datang mencari rezeki di negara kita sebagai buruh binaan demi menyara keluarga mereka di Myamar, belum lagi dengan etnik Rohingyya yang di tindas saban hari. Kita Di Malysia, dan di sudut kecil ini di Baling..aku memerhatikan kesabaran mereka, Mereka tabah, kerja dan bersabar di negeri orang, bagi yang jahat padan muka dengan balasan yg diterima..tetapi mereka ini, membuka hati dan akal untuk berfikir, kenapa kita yang senang lenang, dalam zon selesa tetapi tidak mampu utk bangun dari tidur yg sangat enak untuk bertemu dengan Maha Pencipta secara berjemaah ini..