Followers

Sunday 15 September 2013

Matikah atau meranakah anak-anak yang dihantar ke tahfiz Al Quran?

Di pagi subuh yang hening, kelihatan cahaya lampu suluh menyusuri denai menuju ke surau ini. Kelibat dua wajah agak gelap yang datang senyum kepada aku . di hati ku, "bertuah sunggh mereka di sini ya, di lorong deretan rumah yang belum siap ini, langkah mereka adalah kerja para malaikat untuk menyediakan syurga Allah. Mana tidaknya, mereka datang mencari rezeki di negara kita sebagai buruh binaan demi menyara keluarga mereka di Myamar, belum lagi dengan etnik Rohingyya yang di tindas saban hari. Kita Di Malysia, dan di sudut kecil ini di Baling..aku memerhatikan kesabaran mereka, Mereka tabah, kerja dan bersabar di negeri orang, bagi yang jahat padan muka dengan balasan yg diterima..tetapi mereka ini, membuka hati dan akal untuk berfikir, kenapa kita yang senang lenang, dalam zon selesa tetapi tidak mampu utk bangun dari tidur yg sangat enak untuk bertemu dengan Maha Pencipta secara berjemaah ini..

Subhanallah, setiap apa yang Engkau hidangkan, jadikan di muka bumi ini ada cerita untuk disaksikan dan perlu disampaikan..Inilah KekuasaanMu. Aku hampir menangis bila mendengar suara merdu budak hafiz yang membaca ayat suci Al Quran ketika subuh tadi, dengan bacaan yang jelas, pastinya sejuk sungguh perut ibu yang mengandung budak ini. Bertuahlah mak bapak dia mempunyai anak seperti ini..dan bila melihat dua orang pekerja asing buruh binaan ini boleh datang setiap pagi, aku rasa diri aku ni jauh sangat dengan mereka. Tidak mahu bandingkan dengan harta benda, pangkat, rumah,keselesaan tetapi cukup dengan Allah hantar mereka sebagai bukti bahawa Allah amat kasihkan orang yng jaga solat berjemaah dan mengimarahkan surau ini, sdangkan yang sedia ada lagi lari dan menjauhkan diri akibat salah faham yang kecil, terus merajuk dan tidak datang lagi ke surau ini, ..MasyaAllah

Tak kala itu, aku teringat seseorang yang bertanyakan kepada aku ttg masa depan anak aku yg dihantar mendalami limu pengajian hafiz ini dengan ketiadaan kurikulum akademik dekat surau ini, Mereka soal aku, "tak bimbang ka dengan anak hang ni..tak da SPM nanti payah la nak masuk Universiti, kerja masa depan ni mencabar..perlu sokongan akedemik, lainlah kalau kerja sendiri..tak mengapalah ya... dan hang pula cikgu..maknya pun cikgu..xkan lah nak bagi anak mengaji di tempat yang macam ni..carilah yang ada kurikulum akademik sama !" itulah yg dilemparkan kepada aku suatu masa dulu...

Aku ceritakan hal ini kepada sahabat aku yg juga anaknya mengaji al hafiz. Dia berpesan pada aku.."pada mulanya, jika persoalan itu yang bermain di minda dan menjadi buah mulut orang, itulah cabaran dan ujian Allah untuk hang, at oiii, cuma macam ni..jika ada lagi sapa2 tanya hang, hang jawab cam ni, orang yang kerja buang najis kita, kira buang taik la.dan nak bagi sedap nama..indah water,,.benda yg kita dok buang ni kira habih kotog la..pun depa dapat duit..Allah ada sedia rezeki kat depa..boleh hidup..boleh bagi makan kat anak bini..ini, kita bagi belajar dengan Ayat Suci, Kalimah Maha Agung, Maha Berkuasa, Kerajaan Langit dan Bumi..Maha Kaya. tak kanlah Allah tak sedia rezeki untuk mereka ?, Allah bagi jari telunjuk hang terkulai pun hang dah gelabah, apa nak dihairankan..masa depan mereka..Allah dah jamin rezeki mereka..Kenapa tak tanya yang dihasilkan pendidikan hari ini yang buang bayi nu, yang merempit nu, yang dok kerja merapu nu..kenapa mereka tak risau dengan anak2 dan mak bapak yang tidak jaga solat nu ????

terduduk saya..bila dia perjelaskan kpada saya..satu persatu..dan akhir sekali dia kata..Cikgu At !!, ada tak pernah hang dengar.."seorang lepasan budak tahfiz mati kebuluran atau menggangur sampai mati ?"""

Tamat.
Cikgu At

No comments:

Post a Comment