Aminah
terus mengusap kepala anaknya yang masih koma setelah terlibat dalam
kemalangan jalanraya. Sudah dua hari siibu menanti anaknya sedar, namun
harapan masih belum kunjung tiba. Sesekali ibu ini mengesat air mata
bila merenungi muka anak kecilnya yang baru berusia lapan tahun. Aqilah
anak manja ibu dilanggar sabuah motorsikal sewaktu melintas dihadapan
rumah. Kemalangan memang tidak berbau.
" Ya Allah, sembuhlah
anakku, sedarlah ia. Ya Allah, jangan engkau ambil nyawa anak ku" air
mata terus bercucuran serentak dengan doa dan munajat berpanjangan.
Petang itu ramai pelawat datang menziarahi pesakit, tidak ketinggalan
abang Aqilah yang datang bersama ayah. " macamana bang, nampaknya Aqilah
belum sedar lagi ni", " sabarlah, kita doalah harap ia sembuh" ucapan
suami meyakinkan Aminah agar jangan putus asa. Aminah tidak henti-henti
berdoa dan terus berdoa.
Di hadapan katil Aqilah, orang ramai
menziarahi seorang kanak kanak yang tercungap cungap berlawan penyakit
asma. sangat menderita bila pernafasan tersekat sekat. Seorang wanita
tua menghampiri kanak kanak tersebut, sambil mengucap kepala dan membaca
sesuatu. " ini cucu saya" ucap wanita tua bila ditanya oleh seorang
wanita yang turut menziarahi anak jirannya.
Aminah mengambil
kesempatan meminta agar Wanita tua itu mendoakan anaknya. " Mak Cik,
tolong doakan anak saya. Sudah dua hari dia koma. Tolonglah." rayu
Aminah. " wanita tua itu menghampiri Aqilah sambil mendoakan sesuatu,
sambil berpesan agar Aminah membaca sepotong doa setiap kali selepas
solat fardu. ".
Dalam hati Aminah mengakui dia seorang yang
sering cuai solat. Tambahan pula bila Aqilah koma, dia langsung tidak
mengerjakan solat. Payah, tak sempat dan macam macam alasan. Namun oleh
kerana mengharapkan anaknya sembuh, dan yakin dengan doa yang diajar
wanita tua itu, Aminah mula mendirikan solat, setiap kali solat dia
terus membaca doa yang diajar, dan dalam linangan air mata dia terus
merayu agar anaknya segera sembuh.
Dua hari kamudian. Aqilah
sedar dari komanya betul-betul di saat Aminah bermunajat dengan doa yang
diajar wanita tua itu. Betapa gembiranya bila melihat anaknya sedar dan
mulai bercakap. Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah.
Petang itu wanita tua sekali lagi datang ziarah cucunya. Aminah meluru
ke arah wanita tua itu, sambil bercucuran air mata kegembiraan " terima
kasih Mak cik ajar doa pada saya, alhamdulillah anak saya dah sedar,
terima kasih, terima kasih" luah Aminah bertalu talu. Wanita tua itu
memegang bahu Aminah, sambil berpesan. " sebenarnya solat kamu itu lebih
utama dari doa yang kamu baca. Doa itu hanyalah wasilah, solat itu
sebenarnya membuka rahmat Allah, ramai orang hanya berdoa agar
disembuhkan sakit, namun mereka tinggalkan solat. Macamanalah Allah nak
perkenankan doanya".
Aminah terpaku mendengar nasihat yang sangat berguna baginya.
- Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
Di hadapan katil Aqilah, orang ramai menziarahi seorang kanak kanak yang tercungap cungap berlawan penyakit asma. sangat menderita bila pernafasan tersekat sekat. Seorang wanita tua menghampiri kanak kanak tersebut, sambil mengucap kepala dan membaca sesuatu. " ini cucu saya" ucap wanita tua bila ditanya oleh seorang wanita yang turut menziarahi anak jirannya.
Aminah mengambil kesempatan meminta agar Wanita tua itu mendoakan anaknya. " Mak Cik, tolong doakan anak saya. Sudah dua hari dia koma. Tolonglah." rayu Aminah. " wanita tua itu menghampiri Aqilah sambil mendoakan sesuatu, sambil berpesan agar Aminah membaca sepotong doa setiap kali selepas solat fardu. ".
Dalam hati Aminah mengakui dia seorang yang sering cuai solat. Tambahan pula bila Aqilah koma, dia langsung tidak mengerjakan solat. Payah, tak sempat dan macam macam alasan. Namun oleh kerana mengharapkan anaknya sembuh, dan yakin dengan doa yang diajar wanita tua itu, Aminah mula mendirikan solat, setiap kali solat dia terus membaca doa yang diajar, dan dalam linangan air mata dia terus merayu agar anaknya segera sembuh.
Dua hari kamudian. Aqilah sedar dari komanya betul-betul di saat Aminah bermunajat dengan doa yang diajar wanita tua itu. Betapa gembiranya bila melihat anaknya sedar dan mulai bercakap. Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah.
Petang itu wanita tua sekali lagi datang ziarah cucunya. Aminah meluru ke arah wanita tua itu, sambil bercucuran air mata kegembiraan " terima kasih Mak cik ajar doa pada saya, alhamdulillah anak saya dah sedar, terima kasih, terima kasih" luah Aminah bertalu talu. Wanita tua itu memegang bahu Aminah, sambil berpesan. " sebenarnya solat kamu itu lebih utama dari doa yang kamu baca. Doa itu hanyalah wasilah, solat itu sebenarnya membuka rahmat Allah, ramai orang hanya berdoa agar disembuhkan sakit, namun mereka tinggalkan solat. Macamanalah Allah nak perkenankan doanya".
Aminah terpaku mendengar nasihat yang sangat berguna baginya.
- Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.
No comments:
Post a Comment