kisah
seorang bapa yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak perempuan
yang berani tetapi daif dan hidup serba kesusahan. Bapa menghantar
anaknya ke sekolah dengan menggunakan basikal saja. Suatu hari apabila
perjalanan ke sekolah, langit menjadi gelap gelita. Awan-awan bagaikan
runtuh mencecah bumi lalu petir, hujan yang lebat dan diringi satu
gerompolan awan hitam mencecah atas bangunan rumah flat lalu bunyilah
satu letupan besar rumah flat tersebut. Habis penghuni flat tu
terpelanting keluar meragut nyawa. Tetapi tak disangka rumah flat tu
menyimpan seribu duka bagi bapanya. Yang menghairankan apabila langit
hitam itu muncul seolah-olah membawa petanda buruk lalu anak
perempuannya berkata
"ayah cuba lihat langit tu ada nampak
tak tiga orang bayi? dan satu lagi ibu mendukung bayi? katanya anaknya
lagi " dunia nak kiamat ayah, banyakkan mengucap kalimah syahadah,
mudah-mudahan kita sempat mengucap". Lalu bapanya tersenyum dan
mengangguk. Setelah itu,
mereka pergi menumpang rehat di rumah flat. Keriangan budak kecil masih
keliaran bermain dan seusia anaknya perempuan lalu ternampak dua orang
budak perempuan tiba-tiba bercakap dengan anaknya " Boleh ke kami berdua
kawan dengan awak? sambil memandang. Anaknya "Boleh". Ringkas .
Budak perempuan itu bijak kemungkinan nakal agaknya. lalu menyoal lagi "
tak takut ke kawan dengan kami, kami kan jahat". Anaknya menjawab lagi
tanpa mengeluh "Boleh je, tak kisah pun". Setelah rehat, anaknya cuba
memanggil ayahnya semula untuk ke sekolah semula. Sesuatu yang tak
disangka, bapanya mempunyai rupa paras yang mampu menarik perhatian
wanita-wanita disitu dan masih duda. Suatu hari, bapanya menjual basikal
tanpa pengetahuannya dengan harapan apabila berkahwin dengan wanita
dirumah flat tersebut, masa depannya terjamin. Sangkaan meleset,
beberapa bulan kemudian ternyata isteri dan anak tirinya menghalau
bapanya keluar dari rumah sehingga bapanya tersungkur di tangga didepan
matanya. Lalu anaknya memberanikan diri mengangkat bapanya dan berkata
" Manusia yang tak tahu bersyukur, harap rupa je cantik tetapi tamak,
tak layak menjadi ibuku, dasar perempuan jahat." Lalu membawa bapanya
pergi keluar dari situ. Kebetulan ada seorang mak cik memahami apa yang
berlaku dan cuba menolongnya dan diberinya kuih untuk mengalas perut ke
sekolah pada awal pagi. Tetapi mengapa renungan mak cik tersebut
seolah-olah ada sesuatu yang misteri. Tidak mahu memikir kerana kelam
kabut dengan keadaan pada pagi itu dengan hujan yang lebat turun.
Bangunan flat yang runtuh masih diperbaiki. Cuma satu yang ada di
fikirannya adakah mak cik tersebut mampu merubah segalanya?
No comments:
Post a Comment