Ada seorang doktor beragama Islam bekerja di sebuah hospital di negara
Barat. Namun, doktor Muslim ini amat disenangi dan dihormati kerana
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, biarpun kesemua pakar di
hospital berkenaan dari kalangan bukan Islam.
Doktor Muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama
Kristian. Walaupun berlainan agama, namun mereka tiada masalah
bekerjasama dalam usaha merawat pesakit.
Suatu hari, dua orang
wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si ibu
pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua, mendapat bayi perempuan.
Masalah mula berlaku akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi
tersebut telah bertukar. Peristiwa ini menimbulkan kebingungan para
doctor di hospital berkenaan. Bagaimana mereka hendak mengenal pasti
yang mana satukah ibu kepada kedua-dua bayi tersebut?
Doktor
beragama Kristian tadi teringat kepada teman baiknya si doktor Muslim.
Lantas beliau bertanya kepada temannya: “Dulu engkau pernah mengatakan
bahawa al-Quran itu ada jawapan kepada segala persoalan dan mampu
menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu, cuba engkau tunjukkan
kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada kedua-dua
bayi ini!”
Jawap doktor Muslim: “Benar. Al-Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan tunjukkan padamu tentang kebenarannya!”
Doktor Muslim pun meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang
baru melahirkan itu. Tujuannya mahu menjalankan ujian terhadap kandungan
air susu tersebut.
Setelah mendapat keputusan hasil ujian
tersebut, doktor Muslim ini tanpa ragu memberitahu bahawa si ibu yang
tinggi kandungan garam dan mineral dalam air susunya adalah ibu kepada
bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita itu
adalah ibu kepada bayi perempuan.
Doktor beragama Kristian itu kehairanan lalu bertanya: “Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat keputusan mengagumkan ini?”
“Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu
di mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak
perempuan.”(Surah an-Nisa’, ayat 11).
Lalu doktor Muslim
membacakan sepotong surah an-Nisa’ ayat 11, lantas beliau menerangkan
kepada rakannya itu: “Melalui ayat ini, Allah menjelaskan bahawa satu
bahagian lelaki adalah bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna
bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita.
“Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu
tersebut sudah jelas menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat dalam
air susu ibu bayi lelaki dua kali ganda banyaknya berbanding susu ibu
bayi perempuan. Inilah yang membuktikan siapa ibu kepada bayi-bayi
tersebut!”
Penjelasan itu membuatkan doktor beragama
Kristian itu berasa amat kagum. Lantas, kerana sepotong ayat itulah, si
doktor Kristian akhirnya memeluk Islam!
Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua, mendapat bayi perempuan.
Masalah mula berlaku akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah bertukar. Peristiwa ini menimbulkan kebingungan para doctor di hospital berkenaan. Bagaimana mereka hendak mengenal pasti yang mana satukah ibu kepada kedua-dua bayi tersebut?
Doktor beragama Kristian tadi teringat kepada teman baiknya si doktor Muslim. Lantas beliau bertanya kepada temannya: “Dulu engkau pernah mengatakan bahawa al-Quran itu ada jawapan kepada segala persoalan dan mampu menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu, cuba engkau tunjukkan kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada kedua-dua bayi ini!”
Jawap doktor Muslim: “Benar. Al-Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan tunjukkan padamu tentang kebenarannya!”
Doktor Muslim pun meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang baru melahirkan itu. Tujuannya mahu menjalankan ujian terhadap kandungan air susu tersebut.
Setelah mendapat keputusan hasil ujian tersebut, doktor Muslim ini tanpa ragu memberitahu bahawa si ibu yang tinggi kandungan garam dan mineral dalam air susunya adalah ibu kepada bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita itu adalah ibu kepada bayi perempuan.
Doktor beragama Kristian itu kehairanan lalu bertanya: “Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat keputusan mengagumkan ini?”
“Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu di mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak perempuan.”(Surah an-Nisa’, ayat 11).
Lalu doktor Muslim membacakan sepotong surah an-Nisa’ ayat 11, lantas beliau menerangkan kepada rakannya itu: “Melalui ayat ini, Allah menjelaskan bahawa satu bahagian lelaki adalah bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita.
“Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu tersebut sudah jelas menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat dalam air susu ibu bayi lelaki dua kali ganda banyaknya berbanding susu ibu bayi perempuan. Inilah yang membuktikan siapa ibu kepada bayi-bayi tersebut!”
Penjelasan itu membuatkan doktor beragama Kristian itu berasa amat kagum. Lantas, kerana sepotong ayat itulah, si doktor Kristian akhirnya memeluk Islam!
No comments:
Post a Comment