Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang
diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam
kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an
menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang
diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi
yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat
hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia
seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu
hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu
sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang
ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada
siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak
ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera
dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada
ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam
sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya
beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya
ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab
pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang
mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari
dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk
ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau
ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka
dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa
saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz
itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas ibunya
meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali
tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat
lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan
ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang
menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa
dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli
jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan
adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya
sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan
tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat
berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu
bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara
sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu
dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
No comments:
Post a Comment