Saat yang mengembirakan dan mendebarkan
Isteri perlu disantuni
Kebanyakaan pasangan hari ini telah pun mengenali antara satu sama lain. Jika malam perkahwinan itu baru kenal, ambilah kesempatan untuk mengenali pasangan terlebih dahulu. Berikan sentuhan kasih sayang terlebih dahulu
Sesuaikan lampu dan pencahayaan bilik tidur
Pernikahan telah menghalalkan pertemuan seorang lelaki dan wanita. Jadikan saat indah ini saat yang juga mendapat redha Allah dan mendapat pahala. Jangan dari situasi halal berubah jadi haram dengan perlakuan diluar tabiie
Sabda Nabi saw :-
من غسل يوم الجمعة واغتسل وبكَّر وابتكر ومشى ولم يركب ، ودنا من الإمام فاستمع ولم يَلْغُ ، كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها
"Barang siapa yang membuat isterinya mandi dan dia pun mandi (kerana bersetubuh) pada hari Jumaat dan keluar rumah awal, berjalan kaki dan bukan menunggang, dan berada dekat dengan Imam dan mendengar (khutbah) tanpa gangguan, akan mendapat setiap langkah dia ambil menyerupai berpuasa dan bersolat malam bagi satu tahun" [hadith Riwayat Tirmudzi].
Gangguan di malam perkahwinan
Pernah berlaku pengantin perempuan tumbang dan tidak sedarkan diri dihari perkahwinannya. Perkara sedemikian berlaku kerana beberapa perkara seperti ganguan jin dan sihir yang dihantar. Ada juga kerana penyakit dalaman diri seperti keadaan darah dan debaran jantung yang melampau. Ada baiknya pengantin memohon perlindungan diri dan isteri dengan Allah Azawajalla. Banyak doa- doa yang boleh diamalkan. Berzikir juga boleh membawa ketenangan.
No comments:
Post a Comment