Followers

Saturday 12 November 2011

Marilyn Monroe........ Kenapa dia membunuh diri

Kisah Marilyn Monroe.

Kenapa dia membunuh diri …

Orang-orang yang telah membuka surat Marilyn Monroe yang ditulisnya sendiri, disimpan dalam laci Manhattan Bank di New York. Surat itu ditemukan oleh anggota-anggota bank tersebut…berisikan pesan-pesan Marrilyn Manroe di saat-saat dia akan membunuh diri.. Di sampul surat itu ada tertulis perkataan yang berbunyi …

Surat ini tidak boleh dibuka sebelum aku meninggal dunia..

Surat itu dibuka oleh yang berwenang, maka terdapatlah tulisan yang ditulis oleh Marilyn sendiri. Surat itu dialamatkan kepada seorang anak perempuan yang meminta nasihat kepadanya darihal berkerja di studio, hidup sebagai bintang filem.

Kata Marilyn kepada anak perempuan itu dan  juga kepada yang ingin bekerja di pawagam,  ingin bekerja di pawagam,, didalam bidang perfileman. Aku diperingatkan, kata Marilyn : “Aku peringatkan kepada setiap orang yang ingin menipu tuan dengan sinar. Bahawa aku adalah perempuan paling sengsara didunia itu. Aku tidak sanggup menjadi seorang ibu. Jiwaku selalu meratap sedih.

Sebenarnya aku adalah perempuan yang lebih mengutamakan hidup rumatangga. Kehidupan suami isteri berikut anak-anak , adalah lebih mulia daripada segala-galanya. Kebahagian perempuan sebenarnya terletak di dalam rumah tangga. Mulia menurut zahirnya . Kehidupan suami isteri adalah dari kebahagian perempuan, juga manusia keseluruhanya. Dan akhirnya dia mengatakan , bahawa tiap-tiap orang menganiaya aku. Bekerja di pawagam membuatkan seseorang perempuan itu menjadi barang dagangan yang murah. Bukan alang kepalang murahnya, manakala  dia telah mencapai keagunan dan kemasyhuran yang palsu.

Oleh sebab itu aku nasihatkan kepada anak-anak perempuan, janganlah terjun dalam dunia perfileman. Orang-orang yang bekerja dipawagam itu. Dan menjadi bintang-bintang filem itu, maka nanti akan mengakhiri hidupnya seperti aku …..

Renungkanlah …..
Jadilah manusia yg dipuji Allah, dikasihi Allah…bukan manusia yg hanya jadi pujaan manusia

Thursday 10 November 2011

Bicara kesufian Rabi'atul Adawiyah

Rumah Rabiah Al-Adawiyah sering menjadi kunjungan guru yang Rabiah sendiri pernah mempergurukan mereka. Mereka antaranya Hassan Al-Basri, Sufian al-Tsauri, Malik bin Dinar, Abdul Wahid bin Zaid dan banyak lagi. Di kediaman Rabiah yang serba kekurang sering terjadi dialog di antara Rabiah sendiri dan beberapa orang termasuk ulama dan umara' pada zaman itu.

Dialog pada kali ini dimulakan dengan persoalan yang dilontarkan oleh Rabiah kepada kelompok orang soleh Basrah itu. Dia bertanya kepada mereka sambil matanya menyoroti setiap hadirin dengan pandangan mata yang tajam. Tanda dia tidak main-main dalam urusan itu.

"Wahai Hamba Allah, mengapakah kau menyembah Allah?"

Lelaki soleh itu menjawab tanpa ragu "Tentunya kerana saya takutkan azab neraka Allah yang maha pedih."

Soalan yang sama lantas ditanya kepada lelaki sebelah tadi.

Dia menjawab, "Tentunya kerana saya mahu ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat abadi itu."

Selepas mendengar jawapan daripada kedua-dua lelaki soleh itu. Rabiah diam membisu seketika. Selepas menghela nafas panjang dengan perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan merenung tajam mereka yang berada di hadapanya.

Kemudian dia berkata, "Alangkah hinanya seorang hamba itu jika beribadah kepada Allah hanya kerana mahukan syurga dan dijauhkan daripada api nereka."

Sekelian yang hadir terkedu dengan kenyataan itu. Mereka tidak menyangka jawapan mereka itu dinilai salah malah dipertikaikan sebegitu rupa.

"Sekirannya syurga dan nereka itu ditakdirkan tiada maka masihkah kalian menyembah Allah?"

Hening. Tiada yang berani bersuara. Masing-masing hanya berpandangan sesama sendiri. Hanya selepas beberapa ketika, salah seorang daripada mereka bersuara, " Wahai Rabiah, jika begitu apakah pula sebabnya kamu menyembah Allah? "

" Saya menyembah Allah hanya kerana mengharap keredaannya. Nikmat dan pemberiannya sudah cukup untuk saya mengerakkan diri saya bagi terus beribadah kepada-Nya. "

Begitulah Rabiah, penuh dengan ketegasan dan hikmah. Mereka yang bersamanya sentiasa mendapat manfaat daripada kalimah-kalimah yang dituturkannya. Mereka yang hadir di dalam majlis itu pun sentiasa bercerita berkenaan kisah itu kepada sesiapa sahaja segingga kisah itu menjadi sangat masyhur dan ditulis dalam riwayat yang muktabar.