Followers

Sunday 16 December 2012

Siapakah dia sebenar Fathul Bari?

Latar Belakang

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis,
Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama
di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU).

Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam
bidang pengajian hadis di Universiti Madinah
dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan.
Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) 






Kenyataan tentang Islam

  • beliau mengatakan bahawa hudud yang mahu diterapkan di negeri Kelantan ini adalah versi PAS dan banyak kesalahan, lalu mengapa beliau sendiri tidak mengemukakan bagaimana versi hudud yang sepatutnya di dalam Islam? Sehingga hudud tersebut dapat diterapkan bukan hanya di Kelantan, bahkan di Malaysia secara keseluruhan. Ini kerana, penerapan hudud bukanlah perjuangan PAS sahaja, melainkan ianya adalah kewajipan seluruh umat Islam yang mahu hukum syariat Islam yang qoth’e ini diterapkan
  • Fathul Bari mengatakan; “’Penjelasan mengenai takzir dan qisas yang juga merupakan cabang dalam hukum jenayah Islam juga perlu diperluaskan dan masyarakat bukan Islam wajar diberi penerangan mengenai hukum Islam secara keseluruhan berperingkat-peringkat,”
  •  Fathul Bari menyamakan hukuman sivil yang dilaksanakan di Malaysia adalah merupakan hukuman Takzir yang merupakan hukuman yang lahir daripada akidah Islam, dan pelaksanaannya tertakluk kepada tabanni (ketetapan) seorang Khalifah di dalam Daulah Islam. Sudahlah Malaysia bukan Negara Islam, pemerintahnya pula bukanlah seorang Khalifah yang diangkat melalui bai’at, lalu Fathul Bari menyatakan bahawa undang-undang kufur yang lahir daripada perlembagaan Malaysia ini adalah Hukuman Takzir. Sungguh jauh menyimpang!
Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

1 comment: