Followers

Saturday 2 March 2013

Sufiah Yusof. Apa kesudahannya?


Kisah Sufiah Yusof di London, yang pernah menggemparkan dunia kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang terpaksa menjadi pelacur untuk menyara hidup turut mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya telah meminta Jabatan Penuntut Malaysia di London untuk menyiasat perkara sebenar yang mendorong tindakan Sufiah itu.

"Berdasarkan laporan itu nanti kami akan mencari jalan untuk membantu beliau, sama ada wujud masalah dari segi kewangan atau ada masalah-masalah lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata laporan awal yang diterimanya menunjukkan tindakan Sufiah itu bukanlah berpunca daripada keperluan untuk menanggung pengajiannya memandangkan beliau telah lama meninggalkan alam tersebut, namun mungkin berpunca daripada apa yang dialami oleh keluarganya.

Sufiah, 23, pernah menjadi tajuk berita sebagai kanak-kanak pintar dan turut mendapat perhatian rakyat negara ini kerana ibunya, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor.

Bapanya, Farooq dari Pakistan yang berkahwin dengan Halimahton iaitu wanita kelahiran Johor, Malaysia, dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap dua perempuan berumur 15 tahun ketika dia mengajar mereka dalam tuisyen matematik.

Ada pihak yang menganggap Sufiah menyimpan rasa dendam terhadap bapanya. Bapanya sanggup berhenti menjadi pensyarah dan bertindak menjadi pengurus Sufiah. Beliau diprogramkan oleh bapanya dengan jadual yang ketat. Beliau juga dipaksa menumpukan kepada permainan tenis. Apa yang dilakukkan nya dilihat untuk menghukum bapanya. Dengan kata lain:Bapalah yang menyebabkan aku jadi begini.

Mungkin Sufiah lebih tahu

No comments:

Post a Comment