Followers

Monday 28 November 2016

JUTAWAN AKHIRAT

MISKIN DUNIA TAPI JUTAWAN AKHIRAT
AHMAD DAWJEE JUTAWAN INDIA MUSLIM YG MEWAKAFKAN 1.2 EKAR TANAH DI JALAN PERAK, JUTAAN LOT SAHAM DI BURSA SAHAM LONDON TETAPI MATI DALAM FLAT KECIL DI JALAN MASJID INDIA
Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luasnya sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.
Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.
Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.
Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.
Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.
Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.
Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.
Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.
* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk 'Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah' dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.

Tuesday 23 August 2016

ulat yang lembut tinggal dalam kayu yang keras

MENGENALI TEMILOK
Untuk artikel makanan eksotik Planet Sarawak kali ini, kami ingin berkongsi info dengan anda mengenai satu lagi makanan eksotik yang ada di Sarawak, sejenis hidupan bakau iaitu Temilok atau nama lainnya Kejumah dan ia juga dikenali sebagai Cacing/ Ulat Kayu Bakau.

Temilok atau Kejumah. Mungkin ada yang mengenali, pernah melihatnya dan pernah memakannya. Bagi yang pertama kali melihat Temilok hidup-hidup, pasti merasa geli dan takut untuk memakannya namun begitu, bagi yang kali pertama memakannya pasti hendak makan lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Banyak juga yang terkeliru antara Temilok dan Umpun-umpun. Temilok, walaupun ia berbentuk seakan-akan cacing dan nama Inggerisnya Shipworms atau Teredo Worms, namun begitu Temilok atau Kejumah ini bukanlah dalam keluarga atau spesis cacing seperti Umpun-umpun. Ia tergolong dalam keluarga Moluska yang juga sekeluarga dengan siput, tiram, ambal dan yang sewaktu dengannya. Temilok dikelaskan dalam kumpulan moluska Teredinidae. Selain di Sarawak, hidupan air bernama Temilok ini terdapat juga di mana-mana hutan paya bakau di seluruh dunia, di Papua Indonesia ia dikenali dengan nama Tambelo, Filipina dengan nama Tamiloc/Tamilok dan Australia dengan nama Mangrove Worms/ Shipworms dan pelbagai lagi nama mengikut dialek tempat dan negara masing-masing.

Temilok banyak terdapat di kawasan hutan paya bakau yang secara umumnya menerima fenomena semulajadi air sungai pasang surut, lokasi untuk mencari Temilok ini tidaklah begitu sukar kerana ia sentiasa ada di dalam batang kayu bakau yang tumbang atau akar kayu bakau yang sentiasa terdedah dan ditenggelami air. Namun begitu, tidak semua kayu bakau yang tumbang mempunyai Temilok terutamanya kayu bakau yang sudah lama tumbang dan tidak terdedah dengan air, dalam erti kata lain tidak terkena fenomena pasang surut kerana Temilok perlukan air untuk terus hidup.

Cara untuk menentukan kayu bakau yang mempunyai Temilok ialah dengan memotong beberapa bahagian tertentu pada akar kayu bakau sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau tersebut, ini petanda kehadiran Temilok di dalamnya cuma kita tak dapat pastikan berapa banyak Temilok yang terkandung di dalam batang kayu bakau tersebut. Harus diingatkan, mencari Temilok janganlah sampai merosakkan akar pokok bakau tersebut, cukuplah dibelah beberapa bahagian kecil untuk menarik Temilok keluar dari lubang yang terdapat di dalam akar kayu bakau. Proses untuk mencari Temilok ini tidaklah sesukar mana asalkan kita tahan berjalan kaki berjam-jam dan tahan memikul tong seberat lebih kurang 18 liter yang berisi Temilok, sambil memikul gergaji kayu dan kapak. Ubat nyamuk juga harus dibawa bersama untuk menangkis serangan nyamuk hutan paya bakau. Kerja mencari Temilok ini sebenarnya menyeronokkan kerana secara langsung ia menguji ketahanan fizikal dan mental kita semata-mata untuk menikmati keenakkan rasa Temilok yang boleh dimakan mentah atau dimasak rebus. Ia boleh dimakan secara rebus, dicampur daun bawang dan dibuat gulai pedas. Ada juga individu yang suka makan Temilok secara mentah-mentah, diambil terus dari batang kayu bakau yang dibelah, kononnya rasanya seperti kita menghirup telur separuh masak tanpa telur kuning, ada juga yang menyatakan rasa Temilok mentah seperti tiram (oyster).

Bagi umat Islam, jangan ragu-ragu untuk makan Temilok kerana Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah mengeluarkan fatwa bahawa Temilok atau Kejumah halal dimakan kerana ia bukan hidupan dua alam. Jika Temilok ada terdapat di Tamu Pekan Lundu, Sarawak ia dijual dengan harga lebih kurang RM12 setin (susu cap junjung) yang seberat lebih kurang 388g. Temilok ini digemari masyarakat Sarawak dari berbilang kaum dan latarbelakang seperti Dayak, Cina, Melayu dan sebagainya dari dahulu sehingga kini.

-SANG KENYALANG-

Monday 6 June 2016

Kisah orang yang soleh

Suatu ketika, aku jalan-jalan di padang pasir dan tersesat tidak bisa pulang. Di sana kutemukan sebuah kemah lawas… kuperhatikan kemah tersebut, dan ternyata di dalamnya ada seorang tua yg duduk di atas tanah dengan sangat tenang…

Ternyata orang ini kedua tangannya buntung… matanya buta… dan sebatang kara tanpa sanak saudara. Kulihat bibirnya komat-kamit mengucapkan beberapa kalimat..

Aku mendekat untuk mendengar ucapannya, dan ternyata ia mengulang-ulang kalimat berikut:

الحَمْدُ لله الَّذِي فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً .. الحَمْدُ للهِ الَّذِي فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَق تَفْضِيْلاً ..

Segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia… Segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia…

Monday 18 January 2016

Saturday 16 January 2016

Kisah Isteri kuat berleter

Semasa pulang berkereta dari sekolah aku menghidupkan radio Perak FM. Oleh kerana ceramah agama telah pun bermula jam 6.30 petang aku hanya dapat mendengar separuh sj kisah yg dibawakan oleh ustaz tsb amat menarik. Kisah ini dikaitkan dengan tajuk syukur nikmat huraian drp kitab Tanbihul ghafilin 

Diceritakan tentang kisah seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa seorang yang  warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit. si suami pun menceritakan tentang perangai isterinya, dan meminta dibantu.  "Kalau begtu, kamu bagi ubat ni kat minuman isterimu akan lena dan mudahlah kamu membuangnya.  Tapi kamu jangan menyesal nanti." "Terima kasihlah tuan". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang disuruh. Tapi bila tiba di rumah saja, siisteri terus berleter. " Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, sisuami ni pun nekad nak buat apa yang disuruh tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberikan kepadanya. Bila saja minum air tu, siisteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat siisteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta  Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalamnya