Followers

Tuesday 23 August 2016

ulat yang lembut tinggal dalam kayu yang keras

MENGENALI TEMILOK
Untuk artikel makanan eksotik Planet Sarawak kali ini, kami ingin berkongsi info dengan anda mengenai satu lagi makanan eksotik yang ada di Sarawak, sejenis hidupan bakau iaitu Temilok atau nama lainnya Kejumah dan ia juga dikenali sebagai Cacing/ Ulat Kayu Bakau.

Temilok atau Kejumah. Mungkin ada yang mengenali, pernah melihatnya dan pernah memakannya. Bagi yang pertama kali melihat Temilok hidup-hidup, pasti merasa geli dan takut untuk memakannya namun begitu, bagi yang kali pertama memakannya pasti hendak makan lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Banyak juga yang terkeliru antara Temilok dan Umpun-umpun. Temilok, walaupun ia berbentuk seakan-akan cacing dan nama Inggerisnya Shipworms atau Teredo Worms, namun begitu Temilok atau Kejumah ini bukanlah dalam keluarga atau spesis cacing seperti Umpun-umpun. Ia tergolong dalam keluarga Moluska yang juga sekeluarga dengan siput, tiram, ambal dan yang sewaktu dengannya. Temilok dikelaskan dalam kumpulan moluska Teredinidae. Selain di Sarawak, hidupan air bernama Temilok ini terdapat juga di mana-mana hutan paya bakau di seluruh dunia, di Papua Indonesia ia dikenali dengan nama Tambelo, Filipina dengan nama Tamiloc/Tamilok dan Australia dengan nama Mangrove Worms/ Shipworms dan pelbagai lagi nama mengikut dialek tempat dan negara masing-masing.

Temilok banyak terdapat di kawasan hutan paya bakau yang secara umumnya menerima fenomena semulajadi air sungai pasang surut, lokasi untuk mencari Temilok ini tidaklah begitu sukar kerana ia sentiasa ada di dalam batang kayu bakau yang tumbang atau akar kayu bakau yang sentiasa terdedah dan ditenggelami air. Namun begitu, tidak semua kayu bakau yang tumbang mempunyai Temilok terutamanya kayu bakau yang sudah lama tumbang dan tidak terdedah dengan air, dalam erti kata lain tidak terkena fenomena pasang surut kerana Temilok perlukan air untuk terus hidup.

Cara untuk menentukan kayu bakau yang mempunyai Temilok ialah dengan memotong beberapa bahagian tertentu pada akar kayu bakau sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau tersebut, ini petanda kehadiran Temilok di dalamnya cuma kita tak dapat pastikan berapa banyak Temilok yang terkandung di dalam batang kayu bakau tersebut. Harus diingatkan, mencari Temilok janganlah sampai merosakkan akar pokok bakau tersebut, cukuplah dibelah beberapa bahagian kecil untuk menarik Temilok keluar dari lubang yang terdapat di dalam akar kayu bakau. Proses untuk mencari Temilok ini tidaklah sesukar mana asalkan kita tahan berjalan kaki berjam-jam dan tahan memikul tong seberat lebih kurang 18 liter yang berisi Temilok, sambil memikul gergaji kayu dan kapak. Ubat nyamuk juga harus dibawa bersama untuk menangkis serangan nyamuk hutan paya bakau. Kerja mencari Temilok ini sebenarnya menyeronokkan kerana secara langsung ia menguji ketahanan fizikal dan mental kita semata-mata untuk menikmati keenakkan rasa Temilok yang boleh dimakan mentah atau dimasak rebus. Ia boleh dimakan secara rebus, dicampur daun bawang dan dibuat gulai pedas. Ada juga individu yang suka makan Temilok secara mentah-mentah, diambil terus dari batang kayu bakau yang dibelah, kononnya rasanya seperti kita menghirup telur separuh masak tanpa telur kuning, ada juga yang menyatakan rasa Temilok mentah seperti tiram (oyster).

Bagi umat Islam, jangan ragu-ragu untuk makan Temilok kerana Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah mengeluarkan fatwa bahawa Temilok atau Kejumah halal dimakan kerana ia bukan hidupan dua alam. Jika Temilok ada terdapat di Tamu Pekan Lundu, Sarawak ia dijual dengan harga lebih kurang RM12 setin (susu cap junjung) yang seberat lebih kurang 388g. Temilok ini digemari masyarakat Sarawak dari berbilang kaum dan latarbelakang seperti Dayak, Cina, Melayu dan sebagainya dari dahulu sehingga kini.

-SANG KENYALANG-

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/saat-memulai-hubungan-baru-bicarakan-4.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/glaukoma-penyebab-terbesar-orang-jadi.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/deretan-fitur-canggih-timbangan-berat.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete