APA SALAH PROTON?
***lu orang baca sampai abis kalau lu orang terror**
Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka
oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan
teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza,
Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan
mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya
sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka
pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita
tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang
masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah
kebolehan anak negara sendiri.
“Selama ini proton bergantung
kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20
tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang
baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal
baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa
kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang.”
Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan
kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi
teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan
orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab
nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila
saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita
mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat
royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu
sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi
dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita
ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia
orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula
bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama
diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab
Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia
orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .
“Mungkin ada yang
tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang
adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang
je..”
Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.
Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa
ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So
kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .
Wira - Disini
berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk
kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir
2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan
Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak
kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang
akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata
apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan
Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
orang
Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak
ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.
Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
Wira… masa tu
Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia…
Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia
depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard
mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir
samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan
tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.
So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi
kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan
lambang Proton.
Waja - Waja adalah permulaan kita untuk
menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang
orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari
luar.. mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi
kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit
baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata
kita… kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya
sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin
yang didesign sendiri.
Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma
enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz
kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka
memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang
tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan
chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy
adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS
steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat.
Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta
mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok
keadaan dalaman Savvy yang
accident tu… In fact. Kukuh. Saudara
saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah
keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada
impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang
menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk
Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak
sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain - Ada banyak lagi yang saya
tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta
untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada
juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia
champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.
Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu
yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan
mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya
harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan
dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional
sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan
bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”
Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa
dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan
pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design
enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif
yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah
ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai.”
Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja
terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah
Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat
ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)
Penubuhan
Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di
rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita
menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita
pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton
bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of
Styling…bekas
Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of
Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head
of Engineering Services…bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi
kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan
orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant
luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita
kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta
anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding
diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau
mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah.
Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak
anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun
proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri
dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..
berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak
lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar
berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..
kalau dah tak boleh tutup aja…”
Proton boleh menjadi lebih baik
kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja
pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi.
Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi
proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa
banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part
Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak
syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan
polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada
yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga
kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import
tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas
cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat
kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang
Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu
sebijik-sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA
yang dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah RM8000. Tak
masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang
pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu
baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga
kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai.
Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
Dasar Automotif Negara di
perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping
menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana
boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi
buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan
akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.
Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang
paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia
juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun
kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan
tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka
pintu
mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang
dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual
dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.
Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak
naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka
tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada
sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things
can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir
1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil
untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana
kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar
dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk
kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100
tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang
mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual…
lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap
test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan
teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya
boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni
guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang
lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau
Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar. Errr…. Ini
kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop
kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah
satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada
negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang
negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh
perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita
nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara
lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka…
kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka
ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh
masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak
syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million.
Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat
Korea … Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau
pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang
nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi
yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak
boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk
kereta buatan Malaysia .
Naza yang rata rata import kereta Cuma
tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak
pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun
dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik
ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari
pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat
lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus
diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan
R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak.
Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.
Tapi saya tak marah
bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi
fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang
teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang
betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni.
Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai
bila kita akan bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support
selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah
biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part
tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa
Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak
sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu
nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.
Sekarang ni Savvy dah keluar dengan Savvy Auto-Manual…. Maksudnya
dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?
Copy & Past drp Mat Kacau
No comments:
Post a Comment