Followers

Tuesday 3 September 2013

Tamak



kisah seorang bapa yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak perempuan yang berani tetapi daif dan hidup serba kesusahan. Bapa menghantar anaknya ke sekolah dengan menggunakan basikal saja. Suatu hari apabila perjalanan ke sekolah, langit menjadi gelap gelita. Awan-awan bagaikan runtuh mencecah bumi lalu petir, hujan yang lebat dan diringi satu gerompolan awan hitam mencecah atas bangunan rumah flat lalu bunyilah satu letupan besar rumah flat tersebut. Habis penghuni flat tu terpelanting keluar meragut nyawa. Tetapi tak disangka rumah flat tu menyimpan seribu duka bagi bapanya. Yang menghairankan apabila langit hitam itu muncul seolah-olah membawa petanda buruk lalu anak perempuannya berkata

"ayah cuba lihat langit tu ada nampak tak tiga orang bayi? dan satu lagi ibu mendukung bayi? katanya anaknya lagi " dunia nak kiamat ayah, banyakkan mengucap kalimah syahadah, mudah-mudahan kita sempat mengucap". Lalu bapanya tersenyum dan mengangguk.

Setelah itu, mereka pergi menumpang rehat di rumah flat. Keriangan budak kecil masih keliaran bermain dan seusia anaknya perempuan lalu ternampak dua orang budak perempuan tiba-tiba bercakap dengan anaknya " Boleh ke kami berdua kawan dengan awak? sambil memandang. Anaknya "Boleh". Ringkas .

Budak perempuan itu bijak kemungkinan nakal agaknya. lalu menyoal lagi " tak takut ke kawan dengan kami, kami kan jahat". Anaknya menjawab lagi tanpa mengeluh "Boleh je, tak kisah pun". Setelah rehat, anaknya cuba memanggil ayahnya semula untuk ke sekolah semula. Sesuatu yang tak disangka, bapanya mempunyai rupa paras yang mampu menarik perhatian wanita-wanita disitu dan masih duda. Suatu hari, bapanya menjual basikal tanpa pengetahuannya dengan harapan apabila berkahwin dengan wanita dirumah flat tersebut, masa depannya terjamin. Sangkaan meleset, beberapa bulan kemudian ternyata isteri dan anak tirinya menghalau bapanya keluar dari rumah sehingga bapanya tersungkur di tangga didepan matanya. Lalu anaknya memberanikan diri mengangkat bapanya dan berkata

" Manusia yang tak tahu bersyukur, harap rupa je cantik tetapi tamak, tak layak menjadi ibuku, dasar perempuan jahat." Lalu membawa bapanya pergi keluar dari situ. Kebetulan ada seorang mak cik memahami apa yang berlaku dan cuba menolongnya dan diberinya kuih untuk mengalas perut ke sekolah pada awal pagi. Tetapi mengapa renungan mak cik tersebut seolah-olah ada sesuatu yang misteri. Tidak mahu memikir kerana kelam kabut dengan keadaan pada pagi itu dengan hujan yang lebat turun. Bangunan flat yang runtuh masih diperbaiki. Cuma satu yang ada di fikirannya adakah mak cik tersebut mampu merubah segalanya?

sekian...

No comments:

Post a Comment