Followers

Saturday 16 January 2016

Kisah Isteri kuat berleter

Semasa pulang berkereta dari sekolah aku menghidupkan radio Perak FM. Oleh kerana ceramah agama telah pun bermula jam 6.30 petang aku hanya dapat mendengar separuh sj kisah yg dibawakan oleh ustaz tsb amat menarik. Kisah ini dikaitkan dengan tajuk syukur nikmat huraian drp kitab Tanbihul ghafilin 

Diceritakan tentang kisah seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa seorang yang  warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit. si suami pun menceritakan tentang perangai isterinya, dan meminta dibantu.  "Kalau begtu, kamu bagi ubat ni kat minuman isterimu akan lena dan mudahlah kamu membuangnya.  Tapi kamu jangan menyesal nanti." "Terima kasihlah tuan". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang disuruh. Tapi bila tiba di rumah saja, siisteri terus berleter. " Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, sisuami ni pun nekad nak buat apa yang disuruh tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberikan kepadanya. Bila saja minum air tu, siisteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat siisteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta  Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalamnya



 Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. 

Sisumi mula menyesal teramat dan ingin mendapatkan isterinya. Sekali lagi dia berjumpa orang yang memberikan ubat untuk isterinya. Dia dinasihati mencari tali dan menghulurkan ke dalam perigi tersebut. Jk nasibnya baik dan Allah terima penyesalanmu isterimu akan memaut tali itu, Jk tidak mungkin isterimu telah mati atau dia jg amat kecewa denganmu dan tak akan kembali lg bersamamu .

 Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Sisuami mula terasa tali itu ditarik dan berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas beberapa kali menari\rik tali lalu sisuami mula nampak satu kepala bermuka hitam. Dalam hatinya berkata "Siapa pua ni? Isteri aku putih.." Sisuami terus menarik tali akhirnya semakin jelas satu makhluk berbadan besar dan berbulu. Ditanya "Apakah kami ni isteriku?" Makhluk itu menafikan dan berkata dialah penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Bila aku nampak tali aku cepat menyambutnya kerana aku dah tak tahan duduk di dalam perigi ini. Sejak isterimu berada disini, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.

Jika kamu inginkan isterimu, kamu hulurkanlah tali itu  dia kat bawah tu. 

No comments:

Post a Comment