Wednesday, 6 March 2013
Subhanallah ....Bila Allah tunjukkan kuasaNya
Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah
negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...
Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...
kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....
Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...
kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...
lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...
dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...
pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...
sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...
lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...
pemuda tersebut berasa hairan...
lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...
PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...
Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak.
Sunday, 3 March 2013
Mana Mak?
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Saturday, 2 March 2013
Sufiah Yusof. Apa kesudahannya?
Ada pihak yang menganggap Sufiah menyimpan rasa dendam terhadap bapanya. Bapanya sanggup berhenti menjadi pensyarah dan bertindak menjadi pengurus Sufiah. Beliau diprogramkan oleh bapanya dengan jadual yang ketat. Beliau juga dipaksa menumpukan kepada permainan tenis. Apa yang dilakukkan nya dilihat untuk menghukum bapanya. Dengan kata lain:Bapalah yang menyebabkan aku jadi begini.
Mungkin Sufiah lebih tahu
PERANGKAP DI PUSARA IBU..
Friday, 1 March 2013
Ayah, boleh adik pinjam RM50?
ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam
duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa
adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita
sekeluarga."
Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun
bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya
itu...
AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik
tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak
baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."
Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan
beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik
sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan
perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"
ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."
"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa
ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan
malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf
Monday, 28 January 2013
Siti Hajar
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. ______________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad) Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin) Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa) Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu) Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis) Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat) Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu) Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad) Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin) Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.” Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan "kenapa senyum?” Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”. "Selalu ke akak terbau macam tu?” Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa) Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu) Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis) Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya : "Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” "Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat) Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu) Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad) Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.
Sunday, 16 December 2012
Regim Al Asad Syria di ambang kejatuhan
Regim zalim ini disokong sepenuhnya oleh Syiah Iran dan Puak Hizbollah di Lubnan.Pemerintah Iran didapati rapat bersekutu dengan Damsyik sejak perang Iran-Iraq pada tahun 1980-an, Tehran kekal penyokong utama Assad politik dan diplomatik, pembekal minyak murah, dan, mungkin, senjata utama kolaborator nuklearnya
Pengawal Revolusi Iran yang dikatakan hadir di Syria dalam jumlah antara ke beratus-ratus, walaupun angka yang tepat tidak dapat disahkan. Mereka bertindak sebagai jurulatih, penasihat dan kecerdasan-pengumpul kepada tentera rejim, dalam banyak cara yang sama sebagai agen Iran dibantu pelampau Syiah dan Sunni kumpulan melawan tentera AS semasa pendudukan Iraq.
Siapakah dia sebenar Fathul Bari?
Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis,
Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama
di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU).
Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam
bidang pengajian hadis di Universiti Madinah
dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan.
Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
Friday, 14 December 2012
KISAH TENTANG AL-QURAN ITU BENAR
Ada seorang doktor beragama Islam bekerja di sebuah hospital di negara
Barat. Namun, doktor Muslim ini amat disenangi dan dihormati kerana
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, biarpun kesemua pakar di
hospital berkenaan dari kalangan bukan Islam.
Doktor Muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama
Kristian. Walaupun berlainan agama, namun mereka tiada masalah
bekerjasama dalam usaha merawat pesakit.
Suatu hari, dua orang
wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si ibu
pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua, mendapat bayi perempuan.
Masalah mula berlaku akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi
tersebut telah bertukar. Peristiwa ini menimbulkan kebingungan para
doctor di hospital berkenaan. Bagaimana mereka hendak mengenal pasti
yang mana satukah ibu kepada kedua-dua bayi tersebut?
Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua, mendapat bayi perempuan.
Masalah mula berlaku akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah bertukar. Peristiwa ini menimbulkan kebingungan para doctor di hospital berkenaan. Bagaimana mereka hendak mengenal pasti yang mana satukah ibu kepada kedua-dua bayi tersebut?
Tuesday, 4 December 2012
Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang
diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam
kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an
menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang
diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi
yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat
hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia
seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu
hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu
sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang
ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada
siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak
ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera
dia berbuka puasa hari itu.
Beri nasihat
Benarlah nasihat seorang itu adalah tanda cinta kepada sahabatnya. Perkongsian daripada Ustaz Umar Muhammad Noor.
Ibn Abi Zi'b sangat pandai menundukkan nafsu sehingga emosinya menuruti
perintah akalnya. Mengapa? Ini kerana para solihin tidak pernah berasa
cukup dengan nasihat. Semakin banyak nasihat yang mereka dengar, semakin
gembira hati mereka. Malah, bagi mereka nasihat merupakan tanda cinta
yang dipersembahkan seorang saudara kepada saudaranya.
Terdapat
seorang pelajar yang berasal dari Andalusia bernama al-Ghazi bin Qais,
beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota
ini. Sebelum ini, beliau sering mendengar kehebatan ulama Madinah, namun
belum pernah berjumpa dengan mereka.
Pada suatu hari ketika sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah,
al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lelaki itu terus
duduk tanpa menunaikan solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu.
Ibn Abi Zi'b sangat pandai menundukkan nafsu sehingga emosinya menuruti perintah akalnya. Mengapa? Ini kerana para solihin tidak pernah berasa cukup dengan nasihat. Semakin banyak nasihat yang mereka dengar, semakin gembira hati mereka. Malah, bagi mereka nasihat merupakan tanda cinta yang dipersembahkan seorang saudara kepada saudaranya.
Terdapat seorang pelajar yang berasal dari Andalusia bernama al-Ghazi bin Qais, beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota ini. Sebelum ini, beliau sering mendengar kehebatan ulama Madinah, namun belum pernah berjumpa dengan mereka.
Pada suatu hari ketika sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah, al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lelaki itu terus duduk tanpa menunaikan solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu.
Tuesday, 16 October 2012
Pabila kali pertama dapat melihat
Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun
Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.
Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.
Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.
Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa
tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…
Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara
melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya –
“Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”
Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”
“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.
Monday, 15 October 2012
Ya Allah, sembuhlah anakku
Aminah
terus mengusap kepala anaknya yang masih koma setelah terlibat dalam
kemalangan jalanraya. Sudah dua hari siibu menanti anaknya sedar, namun
harapan masih belum kunjung tiba. Sesekali ibu ini mengesat air mata
bila merenungi muka anak kecilnya yang baru berusia lapan tahun. Aqilah
anak manja ibu dilanggar sabuah motorsikal sewaktu melintas dihadapan
rumah. Kemalangan memang tidak berbau.
" Ya Allah, sembuhlah
anakku, sedarlah ia. Ya Allah, jangan engkau ambil nyawa anak ku" air
mata terus bercucuran serentak dengan doa dan munajat berpanjangan.
Petang itu ramai pelawat datang menziarahi pesakit, tidak ketinggalan
abang Aqilah yang datang bersama ayah. " macamana bang, nampaknya Aqilah
belum sedar lagi ni", " sabarlah, kita doalah harap ia sembuh" ucapan
suami meyakinkan Aminah agar jangan putus asa. Aminah tidak henti-henti
berdoa dan terus berdoa.
Di hadapan katil Aqilah, orang ramai
menziarahi seorang kanak kanak yang tercungap cungap berlawan penyakit
asma. sangat menderita bila pernafasan tersekat sekat. Seorang wanita
tua menghampiri kanak kanak tersebut, sambil mengucap kepala dan membaca
sesuatu. " ini cucu saya" ucap wanita tua bila ditanya oleh seorang
wanita yang turut menziarahi anak jirannya.
Di hadapan katil Aqilah, orang ramai menziarahi seorang kanak kanak yang tercungap cungap berlawan penyakit asma. sangat menderita bila pernafasan tersekat sekat. Seorang wanita tua menghampiri kanak kanak tersebut, sambil mengucap kepala dan membaca sesuatu. " ini cucu saya" ucap wanita tua bila ditanya oleh seorang wanita yang turut menziarahi anak jirannya.
Monday, 8 October 2012
Bangsa Moro
Saturday, 6 October 2012
Dahsyatnya Saat-saat Kematian Iblis.
Abu Laits Assamarqandi meriwatkan dengan sanadnya dari Ahnaf bin Qays berkata;
Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Sayyidina Omar bin
Al-Akhattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang-orang sedang
mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:
Jika
dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang-orang
sibuk di pasar bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang
sangat keras, sehingga separuh penduduk
bumi pengsan kerananya. Maka tidak sadar kecuali sesudah tiga hari,
sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan
melihat binatang buas. Ketika orang-orang dalam keadaan sedemikian,
tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras.
Maka tiada seorang pun melainkan mati kerananya. Maka binasalah dunia
dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seseorang manusia atau jin atau
syaitan atau binatang.
Debat ulama dengan ateis
Alkisah,Seorang
ateis mengajak seorang alimberdebat.Soalan debatnya:Adakah tuhan itu
wujud?Lalu kedua-duanya bersetuju dan menentukan tempat untuk berdebat.
Tibalah hari yang dijanjikan .Si ateis dan hadirin sudah agak lama
menanti si alim yang belum tiba lagi .Beberapa ketika kemudian,si alim
pun muncul.
"Minta maaf kerana
membuatkan kamu semua tertunggu-tunggu,sebenarnya tadi saya terperangkap
di rumah kerana banjir.Betapa besarnya bah itu,semua penduduk kampung
terpaksa duduk di atas bumbung.Jadi kami tidak boleh ke mana2,Hanya
menunggu bantuan luar sampai."Tiba2 ada sebatang pokok tumbang .Tidak
semena-mena semua dahan,ranting dan daun2 terpisah dgn sendiri .Batang
pokok yang tinggalpula berubah bentuk dan akhirnya bertukar menjadi
sampan,saya pun dapatlah dtg ke sini dengan menaikinya."
Haha! mana mungkin pokok itu jadi sampan dengan sendirinya,mesti ada orang yang buatkan! gelak besar si ateis dan para hadirin.
Setelah keadaan kembali tenang ,si aalim pun berkata:"kalaulah kamu
sendiri yakin bahawa sampan itu tidak akan wujud tanpa orang yang
membuanya,bagaimana kamu boleh yakin yang bumi ,langit dan alam ini
wujud tanpa si Penciptanya?"
Terkedu si ateis seketika.
;Kalaulah tuhan itu wujud,jadi di mana tuhan?Kenapa kita tidak nampaknya?"dia tidak mengalah .
"Pap!! si alim lantas menampar si ateis sehingga dia mengaduh.
"Sakitlah!
"Di mana sakitnya?Saya tidak nampk apa pun!"
Ketika itu barulah si ateis sedar.Alhamdulilah:)
"Minta maaf kerana membuatkan kamu semua tertunggu-tunggu,sebenarnya tadi saya terperangkap di rumah kerana banjir.Betapa besarnya bah itu,semua penduduk kampung terpaksa duduk di atas bumbung.Jadi kami tidak boleh ke mana2,Hanya menunggu bantuan luar sampai."Tiba2 ada sebatang pokok tumbang .Tidak semena-mena semua dahan,ranting dan daun2 terpisah dgn sendiri .Batang pokok yang tinggalpula berubah bentuk dan akhirnya bertukar menjadi sampan,saya pun dapatlah dtg ke sini dengan menaikinya."
Haha! mana mungkin pokok itu jadi sampan dengan sendirinya,mesti ada orang yang buatkan! gelak besar si ateis dan para hadirin.
Setelah keadaan kembali tenang ,si aalim pun berkata:"kalaulah kamu sendiri yakin bahawa sampan itu tidak akan wujud tanpa orang yang membuanya,bagaimana kamu boleh yakin yang bumi ,langit dan alam ini wujud tanpa si Penciptanya?"
Terkedu si ateis seketika.
;Kalaulah tuhan itu wujud,jadi di mana tuhan?Kenapa kita tidak nampaknya?"dia tidak mengalah .
"Pap!! si alim lantas menampar si ateis sehingga dia mengaduh.
"Sakitlah!
"Di mana sakitnya?Saya tidak nampk apa pun!"
Ketika itu barulah si ateis sedar.Alhamdulilah:)
Saturday, 29 September 2012
Kematian Yg Disembunyikan - Withney Houston
Monday, 24 September 2012
Thursday, 6 September 2012
HUKUM ONANI
Saat seorang Isteri memandikan Jenazah suami
Seorang isteri yg kehibaan nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. dengan sayu dan hiba isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,....... Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.." membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.." Siisteri membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" ketika membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya" Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sbagai seorang istri redha akan pemergianmu kerana kasih sayag Allah pd mu." Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya
Monday, 25 June 2012
KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA!
[Kisah benar]
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "
Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air."
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Tuesday, 19 June 2012
Allah Tempat bergantungan
Seorang lelaki masuk ke dalam masjid dan waktu itu bukanlah waktu solat fardhu. Dia mendapati ada seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun yang sedang solat dan berdoa dengan fokus serta merendah diri. Beliau menunggu sehingga kanak-kanak tersebut selesai solat, kemudian dia datang memberi salam kepadanya dan berkata "Anak siapakah kamu?" Budak itu menundukkan kepalanya dan air mata gugur berderai di pipinya, kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata; "Wahai pak cik, saya adalah seorang anak yatim yang tiada bapa dan ibu?" Lelaki itu berasa kasihan dengannya dan berkata: "Adakah anda ingin menjadi anak angkat saya?" Budak itu berkata: "Jika saya lapar adakah pak cik akan memberi makanan kepada saya" "Ya" "Jika saya telanjang adakah pak cik akan menyediakan pakaian untuk saya?" "Ya." "Jika saya jatuh sakit, adakah pak cik akan sembuhkan saya?" "Saya tidak dapat berbuat demikian, wahai anak" "Jika saya mati, adakah pak cik akan membawa saya kembali untuk hidup?" Lelaki menjawab "Saya tidak dapat berbuat demikian."











