" Hairan saya
melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1
September 1994.
Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang
lain menggeleng-gelengkan kepala.Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka
bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya
berjalan ke arah mereka.
"Bincang apa tu?
Serius aku tengok," saya menyapa." Haaa...Din, kau
tak pergi tengok
budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan
saya.
" Budak
perempuan? Tak boleh keluar dari
kubur? Aku tak faham
bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka
katakan itu.
" Macam
ni," kata Jaimi, lalu menyambung," di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula
yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan
dia... tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi
macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah
serius sangat mereka berbual..Jaimi memulakan ceritanya.
Kata beliau,
memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak
perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
"Bukannya
banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada
duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia
mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah
tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak...
kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis
itu."
Yalah, mak tau...
tapi mak tak ada duit," balas ibunya." RM 20 aja!" si gadis
berkata.
" Tak ada,"
jawab ibunya.
" Emak memang
kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu
ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah,
katanya," Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
"Kalau emak ada
du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si
gadis memintas lagi, katanya ;" kalau abang, boleh,
tapi kalau saya minta
duit, mesti tak ada!" Serentak dengan
itu, gadis tersebut
menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu
jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai..
dddaaa.." katanya perlahan sambil
mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahansakit.Gadis tersebut
tidak menghiraukan
ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk
ke bilik dan
berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal
dan selimut ke
dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.Hampir sejam kemudian,
barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak
bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada
lagi nadi berdenyut.Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil
ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yangbekerja di
luar.
Jaimi menyambung
ceritanya;
" Mak cik tu
dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada
apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan ke dalam
kubur, ia jadi berat sampai dekat10 orang pun
tak terdaya nak
masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."
" Tapi bila
budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang
pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.
"Kemudian gadis
berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi
beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya
kepada gadis
berkenaan.Tanpa
bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat
ibunya ke dalam
lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari
kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti
dipaku ke tanah. Si
gadis mula cemas.
" Kenapa ni
ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
"Apa
pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida
ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.Orang ramai yang
berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk
melihat apa yang sedang berlaku.
"Ayah, tarik
tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut
menghulurkan tangan ke arah bapanya.Si
bapa menarik tangan
anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke
tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak
berhasil.
"Ayah...kenapa
ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu
ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan
Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya
ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil
meratap.
" Itulah, kamu
yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam
mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.Dia menarik
lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci
pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
"Emak...ampunkan
Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil itu dipeluk
dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida
emak, maafkan , Saida bersalah,
Saida menyesal...
Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya
supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun
kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan
bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
" Kita kambus
sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh
biarkan mayatnya macam tu aja...
kalau hujan macam
mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
"Habis anak saya
?" tanya si bapa.
" Kita akan
terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak
disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.Lelaki berkenaan
bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan
sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas
lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.Yang
menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia
menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya
dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi
menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama
sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak
ke kubur lagi. Nak
tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak
pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing
menuju ke kubur.Kami lihat orang ramai sudah
berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan
pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celahorang
ramai yang sedang bersesak-sesak.Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya
sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis
tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula
beberapa puluh meter daripadakami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok
rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
berkenaan adalah kenalan saya.
"
Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil, Raie yang perasan saya
memanggilnya
mengangkat tangan.
" Boleh aku
tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.
" Mana boleh.
Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.
Sambil itu dia
menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu."
Sekejap aja.
Bolehlah..." saya memujuk.Alhamdulillah, setelah
puas dipujuk dia
mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahandan berjalan beriringan
dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan
apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau
keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis
berkenaan.Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan
berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau.
Alhamdulillah, saya
lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila dijenguk
kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang
duduk di
atas tanah kubur
sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia
memegang tanah
berhampiran lahad dan merintih;
"Emak...
ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,Saida
menyesal.."
Selepas mengesat air
jernih yang terus berjejeran
daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon
keampunan daripada
arwah ibunya.
" Emak...lepaskanlah
kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang
melekat di tanah namun tidak berhasil juga.Saya lihat bapa dan adik-beradiknya
menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang
hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
"Sudahlah tu
Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan
sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsungtidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun
daripada arwah ibunya.Hampir menitis air mata saya melihat Saida.
Tidak saya sangka,
cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.Begitu
besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu
bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak
dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya
meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan
meratap
"Ampunkan saya
emak, ampunkan saya, Ya Allah,
lepaskanlah kakiku
ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh
buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik
tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya
lihat seorang polis mengesatkan airmatanya.Semakinlama semakin ramai orang
berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan
anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan danjurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga
gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.Matahari kian terbenam, akhirnya
tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam
kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan.
Sayapulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.Saya diberitahu, sejak siang,
tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah
mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran,
Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah
dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya
mengampunkan dosanya.Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak
susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.Setelah
empat atau lima hari
terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana
terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan
kesejukan di malam hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin
juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.Allah Maha
Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di
keluarkan. Mayatgadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat
lain.Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,tiada
siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.Ikhsan ~HANI SOLEHAH~
No comments:
Post a Comment