Followers

Saturday 20 June 2015

Saat isteri memandikan suami

Saat isteri memandikan Suami
Sungguh tidak menduga bagi seorang isteri diuji oleh Tuhan Pemilik Kehidupan ini. Tiba-tiba dia kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Tempat berkongsi gembira dan duka. Suaminya akan jauh buat selama-lamanya. Kini yang ada ada sekujur jenazah suami yg dicintainya. Suaminya kini kaku dan bisu. Masa utk dia bersama suaminya tinggal sedikit saja. Wajah suami akan hilang selamanya
Seorang isteri yg kehibaan nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. dengan sayu dan hiba isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,.......

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal lalu ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.." membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untukmu suamiku.."
Siisteri membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" ketika membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya" Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayag Allah padaMu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya

No comments:

Post a Comment