Followers

Wednesday, 1 June 2011

Berbezaan Pendapat .......Yang Mana Betul?

Insan Lemah

Dalam menghadapi dunia hari ini, selalu berlaku bertentangan pendapat kerana sumber ilmu dan rujukan yang diguna pakai oleh setiap pihak berbeza dan samar.. Jika berlaku maka dapatkalah sumber-sumber yang sahih dan utama terlebih dahulu sebelum menerima atau menolaknya. Hayati kata-kata ulama terkenal dibawah:
 
“Apabila kalian menemui sunnah Rasullulah s.a.w, maka ikutilah jangan hiraukan pendapat siapa pun. Jika kalian mendapati dalam kitabku yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w maka ambillah sunnah Rasulullah s.a.w dan tinggalkanlah pendapatku”.
-Imam Syafie-

“Siapa pun perkataannya boleh ditolak dan boleh diterima, kecuali Nabi s.a.w. Sesungguhnya aku adalah manusia yang terkadang salah dan terkadang benar, maka lihatlah pendapatku. Apabila sesuai dengan Al-Qur’an dan sunnah maka ambillah. Setiap yang tidak sesuai dengan Al-Qur’an dan sunnah, tinggalkan”.
-Imam Malik-

“Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya. Apabila aku mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar dari Rasulullah s.a.w, hendaknya kalian meninggalkan pendapatku”.
-Imam Abu Hanifah-

“Al-Auza’i berpendapat, Malik berpendapat, dan Abu Hanifah berpendapat. Menurutku semuanya adalah ra’yu, sedangkan yang dapat dijadikan hujjah dalam masalah-masalah agama adalah atsar. Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Syafie, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari sumber mereka mengambil”.
-Imam Ahmad bin Hambal-

No comments:

Post a Comment