Followers

Friday, 17 June 2011

Isteri degil

Ada kalanya kedegilan isteri hanya pada perkara-perkara kecil tertentu sahaja. Sedangkan yang lain dia menjadi isteri yang taat. Ada kalanya kedegilan itu sementara waktu sahaja, ketika merajuk dan marahnya saja sedangkan waktu-waktu yang biasa dia adalah isteri yang menurut kehendak suami. Ada kalanya kedegilan isteri ketika ia keletihan dan fikirannya kusut sahaja sedangkan ketika lainnya ia sentiasa menunggu dan ingin bersama suaminya.

Adakalanya kedegilan isteri hanyalah disebabkan kejahilannya tentang perkara tertentu sahaja, sedangkan jika jika suaminya mengajar dan memberitahunya secara hikmah dia istiri yang sedang berusaha menjadi wanita yang solehah.

Tidak semua isteri seperti isteri Nabi Nuh a.s. yang terus berdegil hingga ke akhir nyawa.

No comments:

Post a Comment