Followers

Monday 20 June 2011

Dikecewakan dan ditipu ..bagaimana hendak diteruskan hidup ini?

Nasihatku
Disebalik kehibaan yang melanda jiwa, kekeliruan dalam fikiran ...suburkanlah rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penipuannya terserlah sebelum awak menjalin ikatan sebagai suami isteri...dan dia tidak sempat menipu awak sepanjang usia perkahwinan. Kita tidak perlu bertanya mengapa ini terjadi..tapi yakinlah dan carilah hikmah disebalik kejadian ini.


Nasihatku

Allah telah menyelamatkan awak dari hidup bersama seorang penipu. Berdoa dan teruslah mengharap kepada dengan doa-doa yang ma'thur dari jiwa yang tulus.


Antara doa yang boleh diamalkan seperti :
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ ...لِي خَيْرًا مِنْهَا
Ya Allah ! Berikanlah daku pahala kerana cobaan yang kuderitai
dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripada itu."
..dipetik daripada Hadis sahih riwayat Muslim


Nasihatku
Hati yang terluka ...perlukan sentuhan penawar. Perasaan yang kecewa perlukan harapan baru. Tubuh yang terasa longlai perlukan tempat berpaut. Maka Al Quran ada penawar di dalamnya. Di dalam kitab Allah ada janji-janji Allah kepada yang sab...ar dan redha menghadapi ujianNya. Dan kepada Allahlah kita terus berpaut, menghambakan diri dan memohon doa.

Sabda Nabi s.a.w.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الاوُلَى
Dari Anas bin Malik r.a. katanya
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sabar yang bernilai tinggi ialah tabah hati pada permulaan datang musibat"
Hadis sahih riwayat Muslim

Nasihatku
Bijak pandai ada mengatakan awak memerlukan sehari atau dua hari untuk jatuh hati pada seseorang, dan awak akan memerlukan berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk melupakannya.

Oleh itu ketabahan bukanlah dengan melupakan apa yang dilakukannya kepada kita, tetapi apa yang dilakukan kepada kita tidak lagi terkesan. ..dan kita boleh bangun dan hidup seperti biasa.

No comments:

Post a Comment