Ilmu Mustalah Hadith
Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.
Hadith
Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir atau batin.
Sunnah Sama maksudnya dengan hadith.
Khabar Maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya.
Athar Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra.
Hadith Qudsi
Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham.
Sanad Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith.
Matan Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian
Isnad
Iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."
Musnid Orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.
Musnad Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith.
Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.
Muttafaq ’Alaih Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Muhaddith orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith.
Al Hafiz Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.
Al Hujjah
Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.
Al Hakim
Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith.
Mutawatir
Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi.
Ahad Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.
Asal sanad terdiri drp para sahabat.
Awal sanad Perawi yang terakhir seperti Imam Bukhari.
Akhir sanad (Muntahāhu) terdiri drp p
Al Lāhiq Perawi yang terkemudian meninggalnya.
Al Sābiq Perawi yang lebih awal meninggalnya.
Ilmu Jarh wa Ta’dil Ilmu yang membincangkan tentang kualiti para perawi hadith.
Ilmu Ma’rifat al Sahabah Ilmu pengenalan tentang sahabat.
Ilmu Tarikh al Ruwat
Ilmu yang membahaskan tentang sejarah hidup para perawi, tempat lahir, tarikh lahir, kematian, mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dilawati danapa-apa yang berkaitan dengannnya.
Ilmu Masikh Mansukh
Ilmu yang membahaskan tentang hadith yang telah dinasakhkan dan hadith yang menasakhkan.
Ilmu Gharib al Hadith
Ilmu yang menerangkan tentang perkataan yang terdapat dalam matan hadith di mana ia sukar difahami maknanya.
Ilmu ’Ilal Hadith Ilmu yang membahaskan tentang kecacatan yang tersembunyi dalam hadith dan ia boleh mencacatkan hadith tersebut.
Al Jarh
Menyebutkan sesuatu keaiban yang terdapat pada seseorang rawi yang boleh menyebabkan hadith yang diriwayatkannya tertolak.
Al Ta’dil
Menyifatkan seseorang hadith dengan sifat-sifat yang menyebabkan dia dinilai sebagai adil dan menjadi asas penerimaan hadith yang diriwayatkannya.
Istikhraj dan Ikhraj
Iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.
Riwayat
Iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.
sumber: http://www.tayibah.com/eIslam/istilah.htm

No comments:
Post a Comment