Followers

Friday, 24 June 2011

Aku bertemu dia di pagi Jumaat

Disubuh pagi ini...hari jumaat ketikaku sudah bersiap dan melangkah kakiku keluar untuk pergi menunaikan solat subuh berjemaah masjid berhampiran.......aku terlihat.




...Ditepitingkap rumahku hinggap seekor burung merbok yang cantik. Hati mulai tergerak untuk menangkapnya. Terfikir pula jika diturutkan hati nanti pasti akan ketinggalan nanti untuk berjemaah. Jadi aku batalkan saja niat tersebut....ku hidupkan enjin motor dan terus meninggalkan burung tersebut. Hati masih berkata biarlah dia terbang kemana saja dia suka. Aku pun bukan peminat fanatik membela burung.

Selesai solat dan pulang burung tersebut masih ada disitu. Aku cuba mendekatinya , tapi ternyata ia mendiamkan diri. Lalu ku cuba menangkapnya ia terbang tetapi kemudian jatuh dikakiku . Aku menangkap dengan tangan. Inginku memeliharanya sehari dua. InsyaAllah aku akan lepaskan agar ia bebas seperti sebelumnya
 Teringat aku kisah yang hampir serupa 21 tahun yang lalu. Sewaktu aku pulang dari masjid bersama seorang kawan selepas menunai solat isyak, seekor burung tetukur jantan terbang dan jatuh dikakiku. Lantas aku menangkapnya dan memeliharanya untuk beberapa waktu.

No comments:

Post a Comment