Followers

Tuesday, 14 June 2011

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA.

4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA.

 P/S : xTAKUT ke ??? TOLONG lah,,,DIDIK  kami, kami sntiasa ttgu2 DIDIKAN dr kalian, kmi kaum hawa, kurg mns utk kluar sesuka hati, wlaupn NIAT kmi baik utk mncri ILMU,ttp andai tiada pilihan, k...mi terpksa keluar jg demi mncri KEREDHAAN ALLAH, Insya ALLAH... TOLONGlah FIKIRkannya mulai saat ini... TQ, MAY ALLAH BLESS YOU... Wallahu'alam...    

 1) Ayahnya --Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. --Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. --Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... --tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.  

 2) Suaminya --Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. --Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.   
 
3) Abang-abangnya --Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... --jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... --tunggulah tarikan adiknya di akhirat.  
 
 4) Anak Lelakinya --Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, --maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya. --Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... --maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar sebagaimana firman ALLAH S.W.T.:-   "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."   
 
** Hai wanita, kasihankan ayah , suami , abang-abang serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment