Followers

Wednesday, 15 June 2011

TERIMA KASIH MAK,TERIMA KASIH AYAH.MAAFKAN ADIK.

Mak aku suka berleter.Hari-hari dia berleter.Kadang-kadang aku tertanya-tanya sendirian,tak jemukah dia berbuat demikian.Tapi bila aku imbau kembali,leteran mak semuanya untuk kebaikan aku.Cuma aku sahaja yang tak boleh menerimanya.

“Adik solat,dengar azan tak.Jangan buat tak dengar pula,dah masuk waktu ni”,mula-mula perlahan aje suara mak.

“Kejap…kejap…..kejap”,aku masih dengan sikapku yang suka-suka berlengah.

“Solat…”,mak mula meninggikan suara.

“Nanti adik buatlah,bukan adik tak buat langsung”,jawabku.


Itulah sikapku,sukar untuk dihakiskan dalam diriku.Aku memang suka bertangguh-tangguh dalam membuat sesuatu perkara baik dalam solat atau apa sahaja.Itulah yang menjadi punca leteran mak untukku setiap hari.

“Kenapalah mak ni suka berleter,bising aje”,setiap leteran mak,aku anggap sebagai mengganggu ketenteramku.

“Mak tak pernah pun suruh anak-anak mak buat benda-benda yang tak baik.Mak suruh solat,mengaji Al-Quran.Semua itu untuk kebaikan diri masing-masing”,kata mak.

Dengan leteran mak setiap hari,membuatkan aku tak betah duduk kat rumah.Bila cuti sekolah menjelang,aku lebih suka ke rumah mak saudaraku.Aman sikit,taklah kena dengar leteran setiap hari.

“Bila ajal menghampiri,malaikat maut tak akan dengar cakap kita.Tak ada perkataan kejap….kejap….kejap.Siapa kita dengan malaikat”,mak selalu berkata begitu,bila aku suka bertangguh dalam mengerjakan solat.

Dalam keluargaku,cuma aku sahaja yang bersikap sedemikian.Dalam 24 jam sehari semalam,5 waktu juga aku akan mendengar leteran mak.Solat,Zuhur,Asar,Maghrib dan ‘Isyak..Memang wajib setiap hari mak akan berleter diantara 5 waktu tu.Kadang-kadang sikap bertangguhku itu menguji kesabaran mak.Aku tetap melengah-lengahkan waktu solatku.

Bila mak hilang kesabaran,memang sakit tubuh badanku di kerjakan oleh mak.
Mak kata lebih baik aku dihukumnya kat dunia sebelum aku menerima hukuman di alam barzakh.Ngeri juga aku bila membayangkan azab yang bakal aku terima akibat  sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.

Aku bukannya tak tahu,solat 5 waktu wajib bagi setiap umat Islam.Solat juga tiang agama dan solat juga mencegah kemungkaran.Semuanya aku tahu.Tapi aku tetap tak boleh kikis sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.

Kadang-kadang mak dan ayah aku perdengarkan aku firman-firman ALLAH dan sabda-sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,mengenai kewajipan solat 5 waktu.Antaranya ialah:

ALLAH berfirman dalam surah Hud ayat:114 yang bermaksud:

“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.

Firman ALLAH dalam surah Taha ayat:132:
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Rasulullah  Sallallahu ‘Alaihi Wassalam juga bersabda:
“ALLAH telah berfirman,Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu).Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diriKU  bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka AKU bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat  AKU langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya”.
(Riwayat Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll).

 Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Sesiapa yang menjaga solah maka pada hari kiamat,solatnya akan menjadi nur,pembela dan penyelamatkan baginya.Sesiapa yang tidak menjaga solatnya,tiadalah baginya cahaya,pembela dan penyelamat.Pada harii kiamat,dia akan bersama-sama Firaun,Haman dan Ubai bin Khalaf”.
(Riwayat Iman Ahmad dan Ibnu Hibban)



Mak dan ayah juga ada perdengarkan untukku balasan orang-orang yang suka melengah-lengahkan dan meninggalkan  waktu solat.Antaranya ialah:

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara.Pertama:solat,apabila telah masuk waktunya.Kedua:pengebumian mayat,apabila jenazah sudah disiapkan.Ketiga:mengahwinkan seorang wanita,apabila jodoh yang sesuai sudah didapati”.

Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya,kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun.Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini).

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis,sesiapa yang menjaga solahnya maka ALLAH akan mengurniakan lima keistimewaan.
1.Akan diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2.Akan dihindarkan daripada azab kubur.
3.Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4.Akan melintasi titian sirat sepantas kilat .
5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solat,lima siksaan didunia ini,tiga siksaan di dalam kubur dan tiga siksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Siksaan semasa di dunia:
1.Dicabut keberkatan umurnya.
2.Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3.ALLAH tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
4.Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
5.Dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Siksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
1.Dia akan mati dalam keadaan hina.
2.Dia akan mati dalam keadaan  lapar .
3.Dia akan mati dalam keadaan dahaga,sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Siksaan yang akan menimpa ketika di dalam kubur ialah:
1.Kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2.Api dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3.Seekor ular yang besar bernama “Ashsyuja ‘ul-Aqra’ “ akan dilepaskan ke atasnya.Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi.Panjangnya setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, “Aku Ashsyuja’ul-Aqra.Aku diperintahkan oleh TUHANKU supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari,kerana meninggalkan solat solat zuhur hingga asar,kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib,kerana meninggalkan solat maghrib hingga ‘isyak,kerana meninggalkan solat ‘isyak hingga subuh”.Setiap kali ular itu memukulnya,dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh tujuh puluh hasta.Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari  kiamat.

Manakala siksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:
1.Penghisabannya amat berat
2.Dia dimurkai ALLAH.
3.Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ya ALLAH ngerinya.takut untuk aku menghadapinya.Mendengarnya dah pun ngeri.tambahlah untuk menghadapinya.Bertambah lagi kengeriaannya.

“Mak,adik minta ampun…adik janji adik takkn tinggal dan lewat-lewatkan solat lagi,sesungguhnya adik takut akan siksaan ALLAH.Terima kasih mak,terima kasih ayah”.

Leteran mak selama ini adalah untuk kebaikan diriku jua.
TERIMA KASIH MAK,TERIMA KASIH AYAH.MAAFKAN ADIK.

No comments:

Post a Comment