Followers

Sunday 19 June 2011

Ujian atau musibah...macamne nak bezakan antara keduanya...

Ujian itu datangnya dari setiap pemberian Allah. tidak kira samada perkara yang disukai atau yang tidak diingini. Umur, harta, anak -anak, suami dan isteri, ibu bapa, ilmu, kesihatan.

Selalunya manusia lupa kesenangan hidup dunia itu juga adalah ujian. Dan umumnya perkara-perkara buruk yang tidak diingini manusia (musihab) sahaja yang dianggap ujian Allah.



Firman Allah:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.


Allah datangkan pelbagai perkara, Allah berikan pelbagai nikmat dan musibah untuk menguji ketaatan, kesabaran dan keredhaan kita semasa menerima apa-apa dari Allah.



Allah juga menguji manusia dengan menarik kembali satu persatu apa yang telah diberikan kepada kita.

Firman Allah:
وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perintah-perintah yang sungguh-sungguh




Allah menguji manusia samada menunaikan janji-janji kepada Tuhan yang Mencipta semua manusia ketika mereka di alam ruh dan di alam dunia, ketika mereka susah dan senang, ketika mereka kelaparan dan kekenyangan. dan Allah terus menguji manus...ia hingga ke akhir nyawa.

Firman Allah :
وَإِذَا غَشِيَهُمْ مَوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ فَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ ۚ
وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ
Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.



Ada sebahagaian manusia bila didatangkan penyakit dan sakit, kehilangan dan penderitaan, kesukaran dan kepayahan, fitnah dan kata nista, lalu mereka pun mengatakan ia dari Allah dan hati sebahagiannya pula mengatakan "Mengapa aku ....?"

Seda...ngkan bila mereka berjaya, berada dikemuncak, meraih nikmat dan anugerah mereka kata "Inilah hasil usahku......."

Firman Allah :
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu
maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri
dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu
maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Dia lah Allah tempat pergantungan kita ketika susah dan senang. Besabarlah dan bersyukurlah.

No comments:

Post a Comment